Wednesday 29 May 2013

TUDIAA !! RAKYAT DAH MULA TULIS PASAL MB KEDAH YANG BARU DALAM UTUSAN ?? @MukhrizMahathir





Petikan dari ruangan FORUM Utusan Malaysia


SAYA merupakan penggemar ruangan rencana dan juga Forum di akhbar Utusan Malaysia.

Hari ini saya mengambil tindakan untuk menulis di ruangan ini bagi meluahkan apa yang saya rasa sempena PRU-13 ini.

Selepas keputusan PRU-13 disahkan oleh SPR, bahawa BN menang dengan majoriti mudah 112 kerusi, saya melonjak kegembiraan dan suami melakukan sujud syukur.

Betapa bersyukurnya kami, kerana sekali lagi dengan izin Allah, BN dapat mentadbir negara tercinta ini.



Kegembiraan kami bertambah setelah negeri kelahiran saya, negeri Kedah berjaya ditawan kembali.

Untuk pengetahuan, semalam sebelum dan semasa hari mengundi saya dan suami keluar meninjau keadaan di sekitar bandar raya Alor Setar.

Pada perkiraan saya, majoriti kenderaan yang mempunyai bendera adalah penyokong pembangkang.

Sekiranya diadakan pertandingan memasang bendera dan sorakan penyokong, sudah pasti kemenangan milik mereka.

Mereka bermaharajalela di jalan raya. Namun begitu, saya optimis majoriti kenderaan lain yang tidak memasang bendera adalah pengundi BN.

Ini kerana, mengambil kira keseluruhan ahli keluarga saya yang merupakan pengundi tegar BN, tiada seorang pun di antara kami yang memasang bendera atas faktor keselamatan.

Kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir, saya percaya majoriti rakyat Kedah sungguh gembira di atas perlantikan Datuk Seri sebagai Menteri Besar.

Besar harapan kami agar Datuk Seri dapat membawa perubahan kepada negeri Kedah.

Ramai golongan belia di negeri Kedah yang bersedia untuk dipimpin dan ditunjukkan jalan agar dapat bersama-sama memajukan negeri tercinta ini khususnya dan negara amnya.

Isilah dada mereka dengan ilmu agama dan ilmu dunia yang dapat dimanfaatkan.

Jemputlah penceramah-penceramah yang digemari oleh golongan belia dan jadikan aktiviti mingguan atau bulanan supaya ilmu yang diterima dapat menghindarkan mereka daripada terpesong. Saya yakin Datuk Seri mampu melakukannya.

AMIRA

Alor Setar



MTK
Terbukti Majoriti rakyat Kedah menyokong penuh kepimpinan Datuk Paduka Mukhriz

2 comments:

Ariffcoca said...

Semoga Dato MB Kedah buat yg terbaik utk rakyat Kedah.macam Tun ,ayahanda ya yg buat kebaikan kepada Malaysia...

Harimau Kumbang said...

Saya walaupun bukan warga Kedah turut bersyukur dan lega serta gembira Kedah kembali di bawah naungan BN dan UMNO...
Bertambah bersyukur apabila Dt.MM di lantik sebagai MB.
Marilah kita semua sentiasa mendoakan agar Dt.MM dan barisan kepimpinan beliau sentiasa takut kepada Allah swt...tak perlu takut pd manusia..sentiasa ikhlas dan amanah dalam memegang kuasa pemerintah.
Di jauhkan fitnah dan iri hati manusia..
Di jauhkan juga daripada para penyokong @ pembodek @ pengampu yg sokongan mereka membawa rebah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive