Sunday 26 May 2013

HINA PEMIMPIN SENDIRI !! BAGUIH BETUI AKHLAK PENYOKONG PR



Sebenarnya aku tak salahkan penyokong yang tulis tu 100% sebab depa pun diajar oleh pemimpin sendiri yang menyemai benih benih kebencian terhadap pemimpin..Depa diajar untuk tidak hormat kepada orang lain.Jadi bila benda ni sebati dengan jiwa, depa takdak masalah nak kata kat pemimpin sendiri..

Walaupun aku ni bukan penyokong Pas tapi tak dak lah sampai nak kata kaki Ust Azizan kena potong sebagai bahan gurauan dan sndiran.. Kalau penyakit ni semua orang akan merasa.Tak kiralah sakit sikit ka sakit kritikal ka mesti akan rasainya..Tapi tak eloklah guna tu sebagai modal..

Aku pun tak setuju kalau blogger dan penyokong Pr tulis macam ni.Nampak sangat rendah akhlak dan mentaliti puak puak ni sampai Isteri ust Azizan kesal dengan tindakkan depa..




Isteri kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah kesal terhadap beberapa laporan blog dan laman sosial persenda keadaan fizikal Datuk Seri Azizan Abdul Razak, selepas beliau selamat jalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya 7 Mei lalu.

Faekah yang setia menemani Azizan di Hospital Pulau Pinang, turut terkilan apabila Azizan dijadikan bahan gurauan pihak tertentu.

“Saya termasuk anak-anak sangat sedih membaca laporan tidak berasas seperti itu. Ada yang menyindir kaki Azizan dipotong kerana khianat kepada perjuangan parti, ada sifatkan otak Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama macam kaki Azizan, saya anggap ini keterlaluan,” katanya.
Menurutnya, dalam keadaan Azizan yang terlantar sakit, masih ada pihak tergamak mengkritik malah menyebar berita palsu mengenai bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu.
“Mereka langsung tidak hormat beliau sebagai seorang pemimpin dalam parti yang juga bekas menteri besar, Azizan tidak wajar dikecam sebaik sahaja Kedah gagal dipertahan, kerana kejatuhan Kedah bukan berpunca daripada beliau semata-mata,” katanya.

Faekah meminta pihak luar, termasuk ‘musuh dalam selimut’ hentikan segera perbuatan tidak berfaedah itu.
“Kami terguris dengan laporan itu, termasuk cerita yang boleh aibkan orang lain, sedangkan ini semua adalah takdir ALLAH. Namun saya juga bersyukur kerana masih ada pihak anjurkan solat Hajat dan bacaan Yasin untuk kesejahteraan Azizan,” katanya.

Faekah tidak menolak kemungkinan pemilik blog itu berdendam terhadap Azizan kerana serang peribadi beliau, selain punyai agenda jatuhkan Azizan ketika masih sandang jawatan menteri besar.

“Memang ramai dan ada usaha jatuhkan Azizan sejak beliau ambil alih kerajaan negeri. Musuh bukan sahaja dari luar, termasuk dalam parti. Saya percaya selagi Azizan bernafas, selagi itu musuhnya tidak akan berdiam diri untuk lihat Azizan tersungkur, bagaikan kutukan seperti zikir harian mereka,” katanya.

Beberapa blog tempatan dilaporkan menjadikan keadaan Azizan yang kini hilang kedua belah kakinya, sebagai bahan gurauan selain mengkritik kepimpinan beliau. Kecaman terhadap Azizan dilihat berterusan sejak Kedah jatuh ke BN pada PRU13.

Walaupun Azizan kini tidak lagi menerajui Kedah mahupun Pas Kedah, namun beliau tetap disanjung kawan mahupun lawan. Apa yang mendekatkan beliau dengan rakyat kini hanya statusnya sebagai Adun Sungai Limau.

Ketika Azizan terlantar terima rawatan, pemimpin pelbagai latar belakang politik hadir menziarahi beliau, termasuk Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah; Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Selain itu, turut meluangkan masa melawat adalah pimpinan Pas termasuk Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Dalam lawatan Mahathir, tindakan Siti Hasmah memeluk erat Faekah sambil menangis menunjukkan hubungan mereka tetap mesra.

Sementara itu, menurut sumber, banyak pihak persoal lantikan Datuk Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah menggantikan Azizan, kerana sewajarnya dilantik pemangku pesuruhjaya sehingga muktamar diadakan.
Mengulas mengenai kesihatan terkini Azizan, Faekah berkata, Azizan mempunyai semangat yang kuat untuk pulih, malah cuba berkomunikasi dengan pelawat. – Sinar Harian Online

2 comments:

Anonymous said...

Semoga cpt sembuh

Anonymous said...

saya bersimpati dengan kaum keluarga dato azizan mantan mb kedah...saya berasal dari kedah...semasa kecil membesar dlm masyarakat pulau memulau oleh pihak pas...apa yg pas tidak kata pada org yg tidak sealiran dng mereka...caci maki jadi syair dan zikir...itu yg diajar kpd budak2 ketika itu...kata pujangga Islam JIKA HENDAK MELIHAT KELAKUAN GENERASI MASA HADAPAN TENGOK BUDAK MUDA PADA HARI INI...kata2 tersebut telah diplagiat seterusnya dari masa ke semasa...saya bersetuju benar kata2pujangga itu...apa yg keluarga dato azizan hadapi sekarang adalah hasil dari apa yg telah diajar oleh pihak pas suatu masa dahulu...dlm keadaan sekarang saya sangat bimbang bila orang muda diajar tidak menghormati dan menghina pemimpin...memijak gambar pemimpin sebagai simbolik memijak muka pemimpin...bukan pemimpin peringkat ketua kampung tapi perdana menteri sebuah negara yg diiktiraf undang2 antarabangsa...budak2 muda hari ini yg akan mencorak gnerasi masa hadapan...sudah boleh dibayangkan corak masa hadapan...manusia yg ujud masa hadapan adalah manusia yg tidak mempunyai keperibadian...jika hari ini mereka boleh pijak muka pemimpin negara...tidak hairan di masa hadapan mereka akan tendang org tua macam tendang anjing...malah tidak keterlaluan dikatakan bapa mereka sendiri mereka akan tendang juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive