Friday 31 May 2013

PERINGATAN !!! UMNO DAN BN PERLU UTAMAKAN PENYOKONG SENDIRI !!!



Belum pun cukup sebulan Nasruddin Hassan menjadi Ahli Parlimen Temerloh, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu sudah mula menunjukkan belangnya yang sebenar apabila bertindak memilih bulu dalam memberikan khidmatnya kepada penduduk.

Sikap memilih bulu itu terserlah apabila dalam pengagihan bantuan bencana alam untuk mangsa ribut pada 15 Mei 2013 lepas, Nasruddin melalui wakilnya hanya menghulurkan bantuan kepada ahli dan penyokong PAS serta PKR sahaja.

Manakala penduduk setempat yang dianggap menyokong BN diketepikan begitu sahaja sekali gus menunjukkan laungan slogan Negara Berkebajikan terbukti hanya propaganda politik semata-mata.



Ia agak mengejutkan lebih-lebih lagi bagi penduduk di kawasan Parlimen Temerloh kerana tidak menjangka sedemikian buruk sekali sikap wakil rakyat mereka yang baru.

Tapi inilah hakikatnya yang perlu diterima ramai apabila politik kepartian mengatasi naluri kemanusiaan, lantas dalam menghadapi kerenah sebegini amatlah perlu untuk BN mengambil langkah yang sama di kemudian hari.

Bukan bermaksud BN perlu meniru bulat-bulat politik serba keparat itu sebaliknya sedikit pengubahsuaian dilakukan tanpa meminggirkan nilai kemanusiaan.

Selama ini BN sering menimplementasikan politik gentleman memberi khidmat kepada semua namun dengan keadaan yang berbeza kini, maka gaya politik sedemikian perlu diubah di mana tumpuan utama dalam memberi khidmat perlu didahulukan kepada penyokong sendiri.

Di mana-mana saja kawasan Parlimen mahu pun DUN, pendekatan mengutamakan penyokong sendiri perlu BN aplikasikan tapi tidaklah sampai mengetepikan terus penduduk setempat yang tidak menyokong BN.

Bantuan untuk semua tetap diteruskan, tapi penekanan penting ialah utamakan dulu penyokong sendiri sebagai penghargaan atas sokongan yang diterima, tanpa mereka mustahil BN dapat mengekalkan kekuasaan sebagaimana hari ini.

Benar seperti apa yang diluahkan oleh penulis dalam keratan akhbar diatas.Pemimpin tertinggi, menteri, ketua bahagian perlu ingat siapa di belakang parti selama ini yang membantu untuk kemenangan BN pada pru lalu..Mereka mereka ini adalah orang biasa ada yang bekerja sebagai penoreh, jaga, tukang sapu, tukang rumah, pesawah, nelayan dan sebagainya..

Jasa jasa mereka cukup banyak untuk dinilai..Demi agama bangsa dan tanah air, mereka sanggup bekerja kuat untuk memenangkan parti walaupun tanpa sebarang habuan..

Jadi ingatlah pemimpin atasan.Jangan sesekali menganaktirikan mereka..Tanpa mereka anda tidak berada diatas macam sekarang..

1 comment:

Anonymous said...

Dia tau ke org tu semua undi BN..bagus tu tunjuk aje berserban..bab agama punya la handal bercakap..praktik hancusssss

Sape pilih org ni nasibbbbb...dia boleh tau org mana yg undi dia....
Pemimpin UMNO wajib pro MELAYU khasnya org umno penyokong umno.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive