Thursday, 30 May 2013

TAHNIAH !! KONSTABEL POLIS YANG DI MAKI HAMUN OLEH PENCACAI PR TERIMA ANUGERAH @PDRMsia




Satu majlis diadakan untuk menghargai Konst Muhalim Osop yang terlibat dalam penugasan Ops Aman menangani Perhimpunan “Malam Solidariti Bersama Adam Adli”.

Secara profesional beliau berjaya mengekalkan sifat tenang, sabar, berbudi bahasa, tegas dan komited sehingga dapat mengawal keadaan daripada kucar kacir walaupun beliau telah dicerca, dimarah, disorak, ditengking, dihina dan dicabar oleh peserta-peserta perhimpunan.

Ini menggambarkan kefahaman dan kepatuhan beliau terhadap dasar semasa dan pendekatan pasukan dalam situasi ketenteraman awam dan sewajarnya dijadikan contoh kepada yang lain.

Tahniah Konstabel Muhalim!

* Gambar Konst. Muhalim dimaki hamun itu sempat dirakam oleh jurugambar Utusan Malaysia, Izham Jaafar.




Sumber Myneswhub

2 comments:

Pe'ah said...

Tahniah konstabel Muhalim. Pada pompuan yg ganazzz memaki hamun konstabel tu takde hadiah ke? Bagi la satu.....PENAMPAR JEPUN! KEHKEHKEH.

Anonymous said...

Tahniah kepada Konstabel Muhalim, semoga terus sukses dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Tugas anda bukan hanya sebagai Kerjaya tepi lebih daripada itu ia adalah Jihad untuk Agama, Bangsa dan Negara. Ia adalah ibadah kepada Allah SWT. Kami sentaisa doakan PDRM agar direstui Allah SWT dan dipermudahkan olehNYa dalam jihad ini. Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive