Wednesday 29 May 2013

TUDIAA !! BARU MENANG DAH DERA RAKYAT ?? KERAJAAN RAKYAT LAH SANGAT !



Hadiah sebuah kemenangan Pakatan Haroom kepada penduduk Shah alam yang mengundi Khalid Samad.. MBSA akan menaikkan kadar bayaran tempat letak kereta di kawasan pentadbirannya dari 40 sen sejam kepada 60 sen sejam iaitu sebanyak 50% dari kadar asal pada bila bila masa sahaja..

Alasan yang diberikan Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan adalah kenaikan itu wajar dilakukan memandangkan kadar 40 sen sejam telah diperkenalkan sejak 1998..

Katanya "Kadar caj yang dikenakan pada masa ini sudah tidak sesuai dengan keadaan semasa dan status Shah Alam sebagai bandar raya,"

Semua orang tahu bahawa Bandaraya Shah Alam merupakan kawasan majoriti melayu dan terdiri dari dua golongan iaitu elit dan berpendapatan sederhana termasuk pelajar pelajar UITM.. Kebanyakkan golongan berpendapatan rendah sederhana ini bekerja dalam industri perkilangan dalam kawasan Shah Alam..

Kalau servis yang diberikan MBSA baik tak kisah sangat, tapi dengan masalah sampah tak kutip, jalan berlubang tak turap dengan baik..Itu pun ada hati nak naikkan caj tempat parking?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive