Saturday, 1 December 2012

#PAU2012 : ADAKAH ORANG YANG MENDOAKAN KEHANCURAN ORANG LAIN ITU MAKSUM ?




Pembahas Usul Agama dan Pendidikan wakil Perlis Fathul Bari Mat Jahya. Sekarang zaman ujian Allah dengan perpecahan kalangan bangsa Melayu dan Islam. Bila bicara soal Islam ia mengatasi semua.

Beza Perhimpunan Agung UMNO dengan Muktamar Pas... UMNO banyak serang DAP dan Pas, tetapi Pas banyak berbincang soal dalam... jawapan Fathul selama ini pihak pembangkang menyerang dengan pelbagai perkataan zalim seperti rasuah, zalim, makan duit rakyat dan pecah amanah, jadi kini UMNO bertindak menjawab kembali.

UMNO adalah kelemahan, kesalahan dan kesilapan, tetapi UMNO berusaha memperbetulkannya dan bermuhasabah diri. Bagaimanapun pihak pembangkang tidak pernah mengakui sebarang kelemahan mereka.



Islam tuntut kita mengakui kelemahan dan kezaliman diri kita dan melakukan transformasi, sebaliknya di pihak pembangkang hanya menyebabkan persepsi negatif semata-mata, Tayang video doa kehancuran.

UMNO digambarkan sering melakukan kesalahan, adakah mereka yang mendoakan jaham UMNO itu maksum tidak melakukan kesilapan.

Dalam Islam ada ruang mendoakan kehancuran mutlak, Nabi pernah mendoakan bencana kepada mereka yang bunuh ahli Quran melalui sembahyang selama sebulan, tetapi Allah menegurnya dan Nabi menghentikannya.

Kaedah berdoa mereka tidak betul. Pemimpin UMNO dituduh bermacam-macam keburukan dan pemimpin berkenaan boleh mendoakan supaya Allah menterbalikkan tuduhan itu, tetapi pemimpin UMNO sebaliknya mendoakan mereka berkenaan supaya diberi hidayah dan kembali kepada jalan yang benar.


Sebagai saudara sesama agama Islam, ahli UMNO memaafkan mereka iaitu pengikut Pas.

Apabila bercakap dengan pemimpin dan ketua gunakanlah perkataan yang baik, jika benar-benar mahu melaksanakan ajaran Islam.

Fathul Bari Mat Jahya minta tayangan video kedua dimana UMNO dituduh murtad.

Nik Aziz menuduh UMNO memperlekeh Islam dan jatuh murtad, sedangkan dalam perlembangan UMNO jelas menegakkan Islam dan itulah yang diperlakukan. Pelbagai ajaran sesat seperti Al-Arqam, Ayah Pin dan lain-lain telah diambilkan tindakan semata-mata untuk mempertahankan syiar Islam.

Pengurusan zakat antara terbaik dan terulung di dunia, pembinaan infrastruktur untuk menunaikan solat, azan berkumandang secara terbuka, semua itu itu menegakkan syiar Islam. Pengurusan haji kita yang terbaik di dunia melalui Tabung Haji.

Cukuplah perpecahan dan perkataan kafir mengkafir, beliau menyeru UMNO tidak menggunakan perkataan kafir mengkafir.Tuduhan perlu dibukti dengan fakta, jangan hanya membentuk persepsi yang salah, media yang ada bukan untuk menyebar persepsi yang salah.

Jangan cepat retweet tanpa mengetahui isi kandungan. Nanti kita menjadi pendusta. Perlu ada ilmu untuk mengulas dan berhujah, jangan jadi golongan tidak mempunyai ilmu tetapi mahu mengulas urusan manusia, biar pakar dan tahu menguruskannya.

UMNO bawa budaya nasihat dengan kata-kata baik dan bukan dengan membawa kebencian, kita ada Skuad Sayang, itu yang diajar oleh Islam, seperti Presiden memohon maaf kepada rakyat, sifat memohon dan memaafkan merupakan pecahan daripada kasih sayang.

Bercakap tidak serupa bikin, gambar-gambar disebar dalam Internet adalah super impose, jika dia bercakap tidak serupa bikin, satu bab, tapi kalau dia cakap benda baik kena ikut. Jangan menggadai agama semata-mata mentaati pemimpin. Kita nak mahu lancar mulut, kempen 1 Malaysia Tolak Fitnah dengan diikuti laungan perwakilan sebanyak tiga kali.

Fathul Bari Mat Jahya menyokong usul.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive