Akibat pembalakan membabi buta, rakyat yang menanggung akibatnya. Itulah yang terjadi kepada penduduk Kampung Landai Melaka. Jambatan yang mereka pohon kepada Kerajaan Persekutuan melalui YB Datuk Tajudin ADUN Belantek, musnah serta merta akibat banjir lumpur bercampur balak buruk.
Jambatan yang mereka pohon selama 3 tahun lebih bersusah payah, berulang kali memohon kepada ICU akhirnya musnah tak sampai 5 minit. Memanglah banjir dan bencana alam ni ketentuan illahi, namun kita manusia yang merosakkan segalanya.
YB Tajuddin diserbu wartawan dan orang kampung yang mengadu nasib |
Gambar jambatan yang roboh, musnah akibat banjir lumpur dan balak batang buruk Azizan |
Sebelum ada pembalakan yang membabi buta, kejadian seperti ini tidak pernah berlaku. Air sungai boleh diseberang dengan hanya 'meredah' sahaja. Kini, akibat pembalakan yang tidak terkawal, penduduk kampung yang menjadi mangsa.
Air sungai bercampur lumpur menjadi banjir lumpur apabila bukit bersebelahan kampung yang ditebang balaknya turun dengan laju. Sudah la bercampur lumpur, turun dengan laju, membawa sekali balak-balak tua yang dibuang merata tempat oleh pembalak.
Sungguh bahaya, sungguh mencemaskan. Mc ada buat sedutan gambar yang diambil oleh orang kampung pada masa kejadian.
jambatan sudah roboh dihadapan tetapi masih elok dibelakang |
jambatan dihentam oleh sampah balak! |
hampir musnah! |
Terus musnah!! |
Pas Kedah bangga dengan balak! Balak! Balak! Balak! Akhirnya depa sendiri musnah akibat balak! Rakyat sengsara akibat balak! Kerajaan Negeri tumbang sebab balak!
Kalau tanya Azizan pasal ni, tentu dia kata dia taktau! Apa yang dia tau hanya kaut balak banyak-banyak bagi kat kroni!
SUMBER KEDAHKEKL
No comments:
Post a Comment