Wednesday 28 November 2012

#PAU2012 - PERJUANGAN UMNO/BN LEBIH PADU DARI POLITIK PERKAUMAN DAP DAN PAS @TUNFAISAL @RAZLANRAFII




Alhamdulilah, selesai sudah program hari ini di Persidangan Agong Umno 2012 PWTC.. Dari majlis jamuan makan tengah hari Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pelancaran Kelab Penyokong BN IPTA hinggalah ke perasmian serentak Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) ketiga-tiga sayap Umno malam tadi..

Antara yang menarik ingin MTK sampaikan ialah ucapan Timbalan Presiden UMNO sebentar tadi, dalam ucapan beliau ada menyentuh soal sentimen perkauman yang masih tebal didalam Pas dan Dap sehingga membuatkan parti itu sering bertelagah..

Walaupun Pas dan Dap dalam satu puak iaitu Pakatan Rakyat, mereka masih tercari cari ideologi politik masing masing..Hakikatnya Pas dengan cara Pas, Dap dengan cara Dap..



Sikap ektrimis Dap dan Pas tentang isu perkauman dalam ucapan Tan Sri Muhyiddin sebentar tadi telah menarik perhatian para perwakilan.. Jika dilihat di tiga buah negeri yang diperintah oleh mereka. Di Pulau Pinang misalnya, DAP tidak mahu berkongsi kuasa pun dengan Pas.

Pas mempunyai satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, DAP lebih rela menyerahkan portfolio agama kepada PKR. Jika benar Dap memperjuangkan Islam seperti dalam apa yang dihebahkan oleh Pas, Kenapa tidak beri saja jawatan itu kepada Pas ??

Sama juga di Kedah apabila wakil rakyat tunggal DAP tidak berada dalam barisan Exco Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh Pas. Bila kerajaan Pas Kedah membuat peraturan atau dasar yang condong kepada Islam, yang menentang bukannya wakil rakyat BN, tetapi DAP. Ini membuktikan bahawa DAP bukan sahaja tidak mahu berkongsi kuasa dengan Pas, malah menentang dasar Islam Pas.

Pertelagahan kedua dua Exco di Selangor sebelum ini mengenai penguatkuasaan undang undang Islam mengakibatkan bekas pesuruhjaya Pas Selangor itu dipecat akibat pertelingkahan dengan seorang lagi Exco dari DAP.. Tetapi pengantinya bukan dari Pas sebaliknya portfolio agama di ambil alih oleh MB sendiri..

Sehingga ke hari ini Pas dan DAP sentiasa bersengketa, bertelagah dalam tiap perkara, dan bercakaran kerana ideologi yang jelas berbeza..

Namun sepanjang lima dekad pemerintahan Barisan Nasional, muafakat yang dicapai untuk memerintah negara secara bersama tidak pernah diingkari.

Parti komponen Barisan Nasional lebih utuh berbanding Pakatan Rakyat.. Barisan Nasional sentiasa menawarkan penyelesaian kepada semua perkara yang berkait dengan kepentingan semua kaum. Kerana itu Malaysia kekal aman, stabil dan makmur hingga ke hari ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive