Wednesday, 28 November 2012

WANITA, PEMUDA DAN PUTERI BERSEDIA HADAPI PRU13


Pada persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri kali ini banyak pekara utama disentuh dalam menghadapi persediaan pilihan raya ke 13..Antara tugas berat yang perlu dipikul adalah memikat hati 42 peratus pengundi muda yang akan memberi impak kepada keputusan PRU..

Pemuda Umno telah mengariskan 10 cadangan buat kerajaan berkenaan isu-isu ekonomi dan transformasi politik dilihat amat penting bagi orang muda.. Klik sini untuk baca 10 cadangan pemuda buat kerajaan..

Dalam pada itu juga Pemuda Umno mahu peralihan generasi berlaku di peringkat sayap muda dengan lebih ramai calon pergerakan tersebut diberi peluang bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Perwakilan Wanita UMNO dari Kelantan pula mencadangkan supaya diberi kuota 30% kepada Wanita.. Ketua Wanita Umno Bahagian Pasir Mas yakin cadangan itu akan direstui oleh pucuk pimpinan.



Puteri Umno pula mencadangkan beberapa pelan tindakan yang mampu untuk menangani kumpulan ini secara konstruktif.Antaranya menubuhkan Sekretariat IDEA sebuah badan bebas yang akan dianggotai oleh golongan wanita muda dari pelbagai latar belakang..

Menubuhkan sebuah skuad khas di bawah Pergerakan Puteri yang akan merencana dan melaksana aktiviti untuk mendekati golongan atas pagar terutama ketika menjelang musin pilihan raya.

Menggiatkan aktiviti dan kempen jelajah ke seluruh negara mempromosikan budaya politik yang bersih dan terpimpin sebagai usaha memerangi politik persepsi dan fitnah.

Menggiatkan aktiviti untuk mendekati pelajar-pelajar lepasan SPM melalui pengemaskinian data pelajar di setiap bahagian.Menubuhkan sebuah Akademi Politik dengan pemimpin-pemimpin utama negara memberi TOT kepada wanita muda.

Penubuhan sebuah jawantankuasa pencarian bakat yang dikenali sebagai MENTOR dengan wanita muda cemerlang dalam bidang masing-masing untuk memberi tunjuk ajar kepada pelapis wanita muda.

Menganjurkan sebuah Sidang Kemuncak Wanita Muda Malaysia yang akan membincangkan pelbagai isu wanita muda dan halatuju masa depan tanpa mengira latar belakang politik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive