Friday 30 November 2012

PEMUDA UMNO BALUN ANWAR PULAK DAH #PAU2012



Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terus diasak dan dianggap sebagai penyokong Israel, pada perhimpunan Agung Umno 2012 di sini hari ini.

"Bayangkan keluar (disiarkan) dalam Wall Street Journal Edisi Asia, (kenyataan Anwar berbunyi) 'I support all the efforts to protect the security of the state of Israel'," kata Ketua Pemuda Umno Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dengan lantang semasa membahaskan usul menyokong ucapan dasar presiden di sini.

"All efforts. Adakah membunuh orang Palestin yang tidak berdosa itu all efforts yang dimaksudkan, merampas tanah mereka itu all efforts?" kata Reezal Merican yang mewakili Pergerakan Pemuda Umno.

Malah, katanya Presiden Amerika Barack Obama, mahupun Perdana Menteri Britain David Cameron, tidak mengeluarkan kenyataan yang sekeras itu mengenai Israel.



Beliau senada dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan ketua pembangkang itu sebagai sesumpah politik, dan menurutnya Anwar sememangnya sentiasa berbohong walau di mana beliau berada.

Sementara itu merujuk kepada perjuangan Umno, Reezal Merican berkata perkara pertama yang dilakukan Umno selepas negara memperoleh kemerdekaan ialah membawa rakyat keluar daripada penjajahan, perhambaan, memuliakan kaum Melayu, memberi identiti kepada kaum itu, di samping meletakkan syiar Islam di tempat yang tertinggi di Malaysia.

Beliau berkata banyak yang dilakukan oleh Umno untuk menegakkan syiar Islam dalam negara, antaranya mengetengahkan sistem kewangan Islam dan melahirkan lebih ramai cerdik pandai serta ulama.

"Di Malaysia tak lain tak bukan semua itu adalah hasil perjuangan Umno sejak tahun 1946 lagi. Kalau itu ceritanya, apa kejadahnya nak doa untuk kehancuran Umno, mana mungkin nak kata Umno murtad, tak masuk syurga," katanya.

Beliau berkata, demikian sebagai merujuk kepada tindakan PAS yang mendoakan kehancuran Barisan Nasional dan Umno baru-baru ini, serta pelbagai tuduhan lain parti itu terhadap Umno.

Reezal Merican berkata bukan calang-calang orang yang menyokong doa itu, tetapi seorang yang dianggap 'mursyidul' oleh Pas, yang antara lain bermaksud 'pembimbing', namun beliau berkata pembimbing itu sebenarnya adalah 'penyesat nombor satu'.

Katanya sebelum 1946, tahun kelahiran Umno, kaum Melayu di Nusantara dilihat berpecah belah mengikut etnik sehingga menimbulkan ungkapan seperti Melayu Jawa, Bugis, Banjar dan Mamak.

Umno, katanya merupakan parti yang menyatukan kaum Melayu dan meninggikan martabatnya dengan meletakkan definisi Melayu itu sebagai Islam, mengamalkan adat resam Melayu, serta berbahasa Melayu.

".... dan yang menjadikan kita mulia ialah agama Islam," katanya. - Bernama

1 comment:

taipingcentral_harapan melayu said...

As Salam dan Salam 1 Malaysia..

Mohon di linkkan blog teman ni ye bro..

http://taipingcentral.blogspot.com/

Latest article :

http://taipingcentral.blogspot.com/2012/11/china-doll-verse-2-mcm-sama-plak-ni.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive