Wednesday, 28 November 2012

TERKINI !! 10 SYOR PEMUDA, KJ MAHU BN KEKAL PILIHAN MUKTAMAD !!




Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini menyenaraikan 10 cadangan bagi menyempurnakan tanggungjawab pergerakan itu sebagai ejen pencetus idea, antara lain meminta Perdana Menteri agar meneruskan transformasi politik bagi menghindar generasi muda mencari "gelanggang politik" lain.

Di sebalik desas-desus Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dekat, beliau mahu generasi muda menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai "pilihan muktamad."

"Pemuda menggesa agar Perdana Menteri tetap istiqamah, dalam meneruskan program transformasi politik beliau.

"Selain daripada isu-isu ekonomi, transformasi politik amat penting bagi orang muda di mana jua," kata Khairy sambil menambah, generasi muda mendahagakan langkah untuk menjadikan Malaysia lebih terbuka dan demokratik."



"... iaitu satu usaha yang diteruskan oleh Perdana Menteri, bermula dari zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi," kata beliau dalam ucapan Perhimpunan Agung Pemuda Umno di PWTC pagi ini.

Katanya, uaha transformasi itu tidak boleh berhenti di situ sahaja.

"Umno dan BN adalah parti sebenar yang memperjuangkan tadbir urus yang sempurna dan menentang rasuah.

"Parti yang melindungi hak asasi manusia dan menjuarai agenda masyarakat sivil. Ini adalah hakikat politik masa kini," kata beliau yang juga Ketua Pemuda BN.

Ahli Parlimen Rembau ini menambah, walaupun dulu negara merasakan rakyat tidak mampu hidup aman tanpa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tapi kini "kita berjaya membuktikan sebaliknya."

"Justeru, Pemuda mendesak kerajaan untuk meneruskan lagi transformasi politik ini, agar generasi muda tidak perlu mencari reformasi politik di gelanggang lain.

"Kita mahukan apabila orang muda berfikir tentang perubahan, mereka yakin BNlah pilihan muktamad.

"BN lah parti yang berjuang untuk integriti, ketelusan, kebebasan dan keadilan dari dahulu, kini dan selamanya," katanya.

Berikut adalah cadangan diketengahkan Khairy hari ini:

* Pemuda sentiasa mengambil berat aspek latihan dan penghak upayaan di kalangan generasi muda - kerajaan harus melipatgandakan usaha dalam aspek ini. Pemuda proaktif mencerminkan dedikasi ini melalui Karnival Kerjaya Pemuda BN dan Biasiswa Pendidikan Pemuda (BNYES). Inisiatif-inisiatif ini akan diteruskan supaya menjadi legasi kepada generasi kepimpinan dalam Pemuda.

* Merangkumi kebanjiran buruh asing dalam negara - usulkan agar syarikat-syarikat yang menjana pekerjaan untuk warga muda tempatan, diberi pelepasan cukai atau geran, agar mereka tidak dikekang masalah kewangan untuk beroperasi

* Minta kerajaan melaksanakan kempen “Buy Malaysia First” atau “Beli Barangan Malaysia”, supaya usahawan tempatan dapat diberi keutamaan. Pemuda bukan mengkritik, sekadar mengingatkan. Jangan anak di pangkuan kita lepaskan, kera di hutan kita susukan

* Syor berkaitan agama - khususnya tentang zakat - Pemuda mencadangkan agar kerajaan memperluaskan usaha mencari asnaf di setiap peringkat,agar bantuan zakat sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Tiada alasan untuk golongan ini tidak mendapat bantuan dari sudut agama, kerana agama telah mengajar bahawa kemiskinan menyuluh jalan kekufuran

* Kembangkan lagi kelompok Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera, terutamanya di kalangan usahawan dan profesional muda. Walaupun pendekatan masa kini lebih berpaksikan prinsip ketelusan dan pasaran, ini tidak bermakna kita mengetepikan matlamat untuk menghasilkan komuniti Bumiputera, yang ekonominya lebih berdaya tahan. Pemuda akan terus lantang bersuara demi memastikan medan persaingan yang adil, dan hasrat penstrukturan masyarakat terbentuk dengan jayanya.

* Pemuda juga berharap kerajaan akan menjana peluang lebih luas kepada golongan muda Bumiputera, bagi menjawat tampuk penting dalam soal pengurusan atau penggubalan dasar. Selama ini, bila timbul kekosongan jawatan lembaga pengarah GLC, peluang sering diberikan kepada pesara politik dan kerajaan. Amalan ini wajar disemak semula, mustahil tiada langsung profesional muda Melayu dalam dewan ini, mahupun di luar sana yang berkebolehan. Pemuda bukan menidakkan kebijaksanaan serta sumbangan pesara politik dan kerajaan, tetapi jenguk-jenguklah jua golongan muda. Kami yakin semangat dan idea baru orang muda dapat memberi nilai tambah kepada pengurusan sesebuah agensi atau GLC

* Soal orang muda terjerat dalam hutang, dan akhirnya diisytiharkan muflis dalam usia muda. Pemuda menyarankan supaya kerajaan melihat semula kepada mereka yang bangkrap, bebaskan mereka dari hukuman mati ekonomi yang bakal memburukkan lagi hidup mereka. Jadikan prosedur perlepasan kebangkrapan lebih mudah. Kurangkan tempoh masa untuk si bankrap memohon perlepasan, sejajar dengan tren di negara-negara lain. Kerajaan juga harus membantu orang muda dengan memberi pendidikan tentang pengurusan kewangan. Dan dalam kes-kes tertentu, bayaran cukai boleh ditangguh dan bantuan kewangan diberi kepada usahawan untuk mengelakkan kebangkrapan. Janganlah disebabkan bankrap, masa depan mereka hancur. Pemuda menyeru kerajaan membantu golongan muda dalam kesempitan kewangan.

* Soal atap di atas kepala rakyat - Pemuda juga meminta agar kuota khas disediakan buat keluarga muda dalam semua projek perumahan PR1MA untuk memastikan kelompok ini tidak terlepas peluang

* Penstrukturan semula bantuan kebajikan. Ini kerana jumlah bantuan yang diberi
perlu lebih logik untuk meringankan beban golongan kurang bernasib baik ini. Pemuda mendesak agar kerajaan dapat merombak semula dasar kebajikan, dari segi jumlah yang diberi dan kelayakkan pemohon, agar niat kita dalam memberi pertolongan benar-benar tercapai

* Pemuda menggesa agar Perdana Menteri tetap istiqamah, dalam meneruskan program transformasi politik beliau. Selain daripada isu-isu ekonomi, transformasi politik amat penting bagi orang muda di mana jua. Mereka dahagakan langkah untuk menjadikan Malaysia lebih terbuka dan demokratik – iaitu satu usaha yang diteruskan oleh Perdana Menteri, bermula dari zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi. Tetapi kita tidak boleh berhenti di situ sahaja, Umno dan BN adalah parti sebenar yang memperjuangkan tadbir urus yang sempurna dan menentang rasuah. Parti yang melindungi hak asasi manusia dan menjuarai agenda masyarakat sivil. Ini adalah hakikat politik masa kini. Walaupun dulu kita fikir kita tak mampu hidup aman tanpa ISA, tapi kini kita berjaya membuktikan sebaliknya. Justeru, Pemuda mendesak kerajaan untuk meneruskan lagi transformasi politik ini, agar generasi muda tidak perlu mencari reformasi politik di gelanggang lain. Kita mahukan apabila orang muda berfikir tentang perubahan, mereka yakin BN lah pilihan muktamad. BN lah parti yang berjuang untuk integriti, ketelusan, kebebasan dan keadilan dari dahulu, kini dan selamanya.

* Initiatif terbaru Pemuda Umno bernama Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang telah dijalankan secara perintis di Pekan. Pemuda akan bekerjasama dengan JPJ, PDRM dan agensi-agensi lain untuk menawarkan kursus lesen motosikal pada harga RM199 yakni 50 peratus lebih murah daripada harga pasaran. Pemuda meminta supaya Kerajaan menaja sebahagian dari pemohon BL1M yang datang dari keluarga pendapatan rendah agar mereka dapat lesen dengan percuma. Pemuda juga dalam proses berunding supaya mereka yang sudah kena tindakan mahkamah mendapat keampunan jika melalui BL1M dan mereka terlepas dari kebimbangan dipenjarakan. Ini hadiah istimewa bagi golongan orang muda yang tersepit, khas dari Pemuda Umno.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive