Sunday 10 June 2012

PTPTN BARU SAJA NAK TEST,RAFIZI DAH MENANGIS MACAM KANAK KANAK REBINA

rafizi waktu kecil

Sangat menggelikan hati apabila melihat reaksi Pakatan Haram apabila dipermainkan melalui dasar “pendidikan percuma” karut-marut mereka berhubung isu PTPTN yang mahu dimansuhkan sebelum ini.

Ekoran ‘menyokong’ mahu memansuhkan PTPTN yang dicanang Pakatan Rakyat di seluruh negara, pihak PTPTN telah membekukan pinjaman dari tabung pendidikan itu dari disalurkan kepada para pelajar di Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Unisel dan KUIS adalah IPTS yang bernaung di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor yang ditadbir oleh Menteri Besarnya, Khalid Ibrahim. Anwar juga bekas Menteri Kewangan “paling berjaya dalam sejarah” dilantik sebagai “penasihat ekonomi” negeri itu.

Maknanya, Selangor memang kaya memandangkan ia ditadbir oleh “tokoh-tokoh ekonomi” (masuk poket sendiri), dan sudah tentu “mampu” untuk membiayai yuran serta memberikan pendidikan percuma kepada para pelajar Unisel dan KUIS.

Malangnya, tindakan PTPTN membekukan pinjaman kepada dua IPTS di bawah Kerajaan Pakatan Haram Selangor itu dikatakan telah menekan pihak negeri dan disifatkan sebagai taktik “membalas dendam”.

Pelik. Mereka mahu pendidikan percuma dan memansuhkan PTPTN. Tapi bila PTPTN dibekukan di negeri itu, mereka melenting tak tentu pasal dan menyalahkan Kerajaan Pusat?

Baru tiada PTPTN sebulan dua pun sudah gelabah dan tertekan? Bagaimana nak mansuhkan PTPTN jika baru beku sedikit pun dan jadi macam “ayam berak kapur”?

Paling pedas ialah kenyataan Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said…

“Kami bagi peluang pada PR melaksanakan apa yang dirancang oleh mereka dan bukan atas sebab agenda politik. Kami nak mereka buktikan kerajaan Selangor boleh melaksanakan sistem pendidikan percuma dan tanpa pinjaman PTPTN kepada pelajar baru mereka nanti”.Baca seterusnya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive