Azizan Razak kantoi berbohong lagi,Pihak Jabatan Alam Sekitar menafikan pihaknya pernah mengeluarkan laporan penilaian EIA bagi projek pembalakkan di Gunung Inas..
Malah dalam beberapa artikel Team Media Kedah sebelum ni pun ada mengulas isu EIA ini,Pas kedah melalui SETPOL MB dan CEO PMBKed menafikan dakwaan projek itu tidak mendapat EIA.Lihat Video CEO PMBKed merepek di bawah ni
ALOR SETAR, 14 Jun (Bernama) -- Jabatan Alam Sekitar (JAS) meminta Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) menghentikan serta-merta projek pembangunan kawasan Gunung Inas di Baling kerana tidak mendapatkan kelulusan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).
JAS menafikan bahawa pihaknya telah meluluskan laporan penilaian EIA bagi projek itu pada 2010 seperti didakwa oleh Ketua Pegawai Eksekutif PMBKed, Datuk Shahabudin Shafie.
"Laporan penilaian EIA bagi projek itu tidak diluluskan oleh JAS. Adalah penting perkara ini disemak terlebih dahulu oleh PMBKed dan apa-apa kerja di kawasan berkenaan hendaklah dihentikan serta-merta," kata kenyataan JAS di Putrajaya yang difakskan kepada Bernama di sini, Khamis.
JAS berkata demikian bagi mengulas kenyataan Shahabudin Selasa lepas bahawa penerokaan Hutan Simpan Gunung Inas telah mendapatkan kelulusan Laporan Penilaian EIA pada 2010 dan pihaknya akan meneroka lebih 5,000 hektar kawasan berkenaan untuk ditanam dengan getah klon balak dalam tempoh lima tahun.
Semalam, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberitahu media bahawa kerajaan negeri tidak akan menghentikan aktiviti pembalakan di kawasan itu kerana projek itu dilaksanakan mengikut garis panduan dan peraturan Dasar Perhutanan Negara.
-- BERNAMA
Anda lihat sendiri kenyataan dari CEO PMBKed yang bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Jabatan Alam Sekitar..Dalam video itu CEO PMBKed dengan bangganya menunjukkan kawasan ladang yang dibangunkan di Gunung Inas mempunyai EIA yang diluluskan pada tahun 2010 dan bagi kawasan yang terlibat dengan pembalakkan pula sebenarnya tidak memerlukan EIA kerana dibawah 500 hektar..
Kat atas ni pula penjelasan dari Jabatan Hutan tentang kawasan pembalakkan di Gunung Inas..lihat pada minit ke 2.15 , Beliau ada menyebut penyambungan dari blok blok kawasan yang di tebang memang ada dan melebihi 500 hektar..
Pihak Jabatan Hutan pula mengakui EIA untuk kawasan pembalakkan dalam proses permohonan..Tetapi kerja kerja penebangan sudah dijalankan..Jadi dokumen yang ditunjukkan oleh CEO PMBKed itu tidak benar..Ia hanyalah proposed EIA..
Kalau CEO tu berani dedahkan isi dalam buku tersebut..Jangan hanya tunjuk di muka hadapan sahaja..Pihak Jabatan hutan sebenarnya hanya memantau dari segi perlaksanaan sahaja yang harus bertanggungjawab secara keseluruhannya ialah PMBKed yang memiliki 5000 hektar tanah disitu..
Walaupun JAS sudah mengarahkan menghentikan serta merta tetapi Azizan tetap berkeras mahu meneruskan aktiviti pembalakkan..
Kerajaan Pas Kedah tidak akan menghentikan aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Inas, Baling dekat sini, meskipun diminta berbuat demikian bagi memulihara alam sekitar dan menjaga kepentingan penduduk di situ.Rakyat Kedah boleh nilai sendiri perangai Pas kedah, mereka lebih mementingkan temolok sendiri dari menjaga kepentingan rakyat..Untuk makluman setiap blok blok yang ditebang adalah dari kontraktor yang berlainan..Jadi lepas ni kita akan dedahkan pula siapa kontraktor kontraktor yang dapat projek mengondol hutan ini..
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kelulusan dan permit sudah dikeluarkan dan kontraktor membayar semua premium kepada Jabatan Perhutanan sebelum mereka dibenarkan memulakan kerja pembalakan.
"Nak berhenti pasal apa, kita dah lulus dan beri permit. Kita tidak benar mereka tebang balak melainkan setelah bayar semua premium kepada Jabatan Perhutanan dan selepas pokok ditanda, baru boleh tebang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan insentif kepada atlet dan pegawai Sukan Malaysia (Sukma) Kedah 2011 di Wisma Darul Aman, di sini hari ini. - Sumber Utara News
No comments:
Post a Comment