Wednesday, 13 June 2012

PANASS !!! KENAPA KHALID GAGAP NAK SANGAT AIR DARI TASIK KENYIR ??


Kenyataan Menteri Besar Selangor baru-baru ini berhubung cadangan menyalurkan air mentah dari Tasik Kenyir yang terletak di negeri Terengganu benar-benar menunjukkan sikap beliau suka berdolak-dalik.

Pada mulanya kata beliau, air empangan cukup untuk menampung keperluan penduduk di Selangor sehingga tahun 2019. Kemudian, Menteri Pertanian dan Asas Tani telah membidas kenyataan beliau dengan menyatakan masalah dihadapi adalah kekurangan air terawat dan bukannya air mentah.

Justeru, inisiatif Kerajaan Persekutuan untuk pembinaan Loji Air Langat 2 adalah bertepatan dengan isu dihadapi. Sekarang, Menteri Besar Selangor bangkitkan pula cadangan untuk mengambil air mentah dari Tasik Kenyir.


Persoalannya, kalau air diambil dari Tasik Kenyir, atau mana-mana tasik pun di dunia ini, ke mana air tersebut hendak disalurkan kalau bukan ke loji rawatan air? Atau adakah air di Tasik Kenyir setanding dengan air mineral yang boleh diminum terus tanpa dirawat?

Menteri Besar Selangor juga nampak begitu risau dengan kos pembinaan loji Langat 2 yang dikatakan mencecah RM12 billion. Kenapa perlu beliau risau sedangkan kos tersebut ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan, untuk kebaikan rakyat Selangor juga.

Sekiranya beliau bimbang tarif air akan naik, saya mahu bertanya, adakah ia tercatat dalam perjanjian konsesi sekiranya Syabas membeli air terawat dari Loji Langat 2, maka harga air boleh dinaikkan sesuka hati?

Sedangkan teori ekonomi sendiri mengatakan jika sesuatu sumber itu berkurangan, maka harganya akan naik. Contohnya ikan, kalau sumbernya banyak maka harganya akan turun dan begitu juga sebaliknya.

Dalam konteks isu air, kenapa perlu kita risau kalau air terawat sudah banyak? Rasa saya, tidak perlu saya jadi seorang Menteri Besar untuk menilai isu ini.

BAJU BIRU


MTK
SELANGOR PERLUKAN LOJI PENAPISAN YANG DI SALURKAN DARI KAWASAN TADAHAN AIR.

1 comment:

Team Media Selangor said...

Salam Tuan,

Mohon Link blog TMS

http://teamediaselangor.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive