Tuesday 12 June 2012

PANASS DAN BONGKAR !!! MAHASISWA KUIN LEBIH MATANG DARI SETPOL MB KEDAH YANG BODOH TU ?!!

Best jugak baca blog mahasiswa kuin yang berfikiran matang dari setpol mb kedah yang blagak pandai dan hebat tu..Apa yang ditulis oleh si setpol mb yang bingai di dijawab tepat dan padat terkena kat muka si sanusi kaki pembohong ni..Jom layan blog Mahasiswa Prihatin ni ..


Di dalam Blog Sanusi Setpol MB Kedah, buat kali yang kesetrusnya Setpol MB terus membohongi rakyat Kedah diatas kepincangan Kerajaan Kedah mengawal pembangunan pelajar dan akademik di Insaniah.

Kami barisan mahasiswa prihatin yang
bertanggungjawab dalam kezaliman yang dilakukan kepada 5 mahasiswa yang
digantung sehingga kami membawa kes ke mahskamah apabila ditolak KUIN untuk
kami cadangkan perdamaian di luar mahkamah. Alhamdulillah Allah bersama pihak
yang benar, walaupun kami adalah orang kuat pakatan rakyat dan juga mendapat
penganiyaan daripada Kerajaan Pakatan Rakyat.

JAWAPAN
PEMBOHONGAN SANUSI YANG PERTAMA

Beliau berkata  : “Tidak campurtangan dalam soal pentadbiran
institusi/ jabatan yang mempunyai prosedur dan peraturan tetap yang selari
dengan kehendak undang-undang yg sedang berkuatkuasa- termasuk dalam kes
KUIN...ini juga sebahagian intisari Buku Jingga.”

Jawapannya:
-   
Keputusan menjatuhkan hukuman kepada
6 orang mahasiswa ( 1orang didenda dan 5 orang digantung) dibuat keputusan oleh
Mesyuarat Lembaga Pengarah KUIN yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar
Kedah  (Bukti – sila lihat lampiran 1)


bukti azizan campur tangan
-       

Selepas berlaku demonstrasi , MB
Kedah , juga dalam mesyuarat lembaga Pengarah yang dipengerusikannya  telah memutuskan supaya mengeluarkan Diploma
Tahfiz Al Quran dari KUIN dan diletakkan di bawah Yayasan Islam Kedah.
-   
Sanusi Setpol  MB sendiri memanggil kami dan wakil pelajar
yang digantung ke wisma di Pejabat MB untuk menyelesaikan isu tindakan
tatatertib KUIN. Tindakan memanggil oleh seorang yang berjawatan kanan dengan
MB Kedah dan lokasi dilakukan di Pejabat MB Kedah membuktikan penglibatan kuasa
MB Kedah
Ulasan
-   
Ini hanya sebahagian penyataan yang
membuktikan penglibatan MB Kedah dalam campurtangan dalam soal pentadbiran
institusi/ jabatan yang mempunyai prosedur dan peraturan tetap yang selari
dengan kehendak undang-undang yg sedang berkuatkuasa- termasuk dalam kes KUIN
-   
Begitu juga apa yang sedang menjadi
krisis kini masalah gaji dan kenaikan elaun staf KUIN  juga diputuskan oleh MB Kedah


JAWAPAN PEMBOHONGAN SANUSI YANG KEDUA


Beliau berkata  : “ Peraturan/ Akta yang
terpakai di KUIN bukanlah AUKU yang dinyatakan dalam Bukun Jingga akan
dihapuskan bila PR menjadi kerajaan, tetapi adalah undang-undang berikut


i.                 Private Higher Education
Institutions Act 1996 (ammended 2009).


ii.               Perlembagaan KUIN

iii.             Kaedah2 Tatatertib Pelajar 2007.
Kesemua akta dan undang2 ini tidak tersenarai dalam undang2 yg akan di hapuskan
bila PR menjadi kerajaan. Maka KUiN dan MB tidak menyalahi sebarang kehendak
buku itu.”

JAWAPAN
-   
Pakatan Rakyat melawan AUKU bukan
kerana namanya  tetapi kerana intipatinya
yang dapat menyekat kebebasan mahasiswa untuk bersuara. Ini bercanggah dengan
prinsip pakatan rakyat. Datanglah apa nama sekali pun walaupun bukan AUKU
tetapi isinya sama dengan AUKU tetap menjadi suatu pertentangan dengan agenda
pakatan rakyat.
-   
Jika pun kalau dikatakan perkara
(i), (ii) dan (iii) tidak boleh diubah dan ia diguna pakai di KUIN , semestinya
budi bicara dalam menyelesaikan masalah boleh digunakan. Budi bicara ini bukan
berti ikut sesuka hati tetapi
berdasarkan semangat dan ikatan janji pakatan rakyat memberikan peluang
kepada anak muda menyuarakan pandangan .


JAWAPAN
PEMBOHONGAN SANUSI YANG KETIGA


Beliau berkata :  Asas yang mencetuskan
demontrasi pelajar di Masjid Sultanah dan asrama Al- Razi adalah satu tuduhan
dan sangkaan yang tidak benar - Bathil- tidak ada sebarang arahan dan tindakan
daripada pentadbiran KUIN supaya bangunan asama itu dikosongkan oleh pelajar
tahiz untuk beri laluan kepada smart school. Sebaliknya bangunan itu
dikosongkan oleh ITM kampus kota (city campus) yg berpindh ke lokasi lain.

JAWAPAN
-   
Kenyataan Sanusi mengatakan tiada
sebarang arahan dan tindakan daripada pentadbiran KUIN supaya bangunan asama
itu dikosongkan oleh pelajar tahiz untuk beri laluan kepada smart school adalah
suatu PEMBOHONGAN dan  PENDUSTAAN  secara terang oleh Sanusi dan ini hanya
sebagai jarum politik untuk menutup kelemahan MB Kedah dalam mentadbir KUIN.
-   
Buktinya Surat arahan  pentadbiran KUIN supaya bangunan asama itu
dikosongkan oleh pelajar tahiz untuk beri laluan kepada smart school telah
dikeluarkan pada 14 November 2010 , no rujukan surat 102/2006 (50) ditujukan
kepada Pengetua Asrama dan ditandatangani oleh Abd Latif Bin Din, Bendahari
KUIN. Tajuk surat tersebut ialah PENGOSONGAN BLOK A KOLEJ KEDIAMAN AL RAZIY.
Isi kandungannya ialah pengosongan untuk digunakan oelh Sekolah Bersepadu Islam
(Smart School).
(Sila
lihat surat lamppiran 2)
Lampiran 2 : bukti KUIN usir pelajar untuk kegunaan Semart School
-   
Tiada langsung bukti dan arahan
pengosongan untuk tujuan kegunaan ITM Kampus Kota

JAWAPAN PEMBOHONGAN SANUSI YANG
KEEMPAT


Beliau berkata  : Gangguan yang
berterusan melalui beberapa siri demontrasi, penyalahgunaan spreaker corner,
kenyataan media, dan memfitnah pihak pentadbiran dalam soal urusan urustadbir
universiti tidak sewajrnya diangkat sebagai agenda perjuangn mahasiswa. Pelajar
memohon masuk ke KUiN untuk menjadi pelajar, bukan sebagai pentadbir.


JAWAPAN
-   
Kenyataan yang diberikan oelh Sanusi
adalah kenyataan yang menggambarkan ketakutan sebuah Kerajaan berhadap denga
suara mahasiswa , dan kenyataannya adalah persis kenyataan pimpinan BN yang
takutkan mahasiswa.
-   
Apa sahaja persoalan yang
ditimbulkan mahasiswa walaupun sekecil mana pun , itulah suara rakyat dan tidak
boleh dinafikan.
-   
Pelajar KUIN masuk KUIN memanng
untuk belajar , tetapi bukan hanya untuk mendapatkan segulung sijil. Ilmmu yang
dipelajari perlu diterjemahkan dalam bentuk Islam yang hidup. Kebenaran tetap
dinyatakan walaupun Sanusi dan KUIN merasa pedih.
-   
Kenapa mahasiswa menolak BN dalam
siri demonstrasi mendapat pujian pakatan rakyat , tetapi bila pakatan rakyat
memerintah kenapa Bikin tak Serupa Cakap.

JAWAPAN PEMBOHONGAN SANUSI YANG
KELIMA

Beliau berkata :Kes ini telah dibawa ke mahkamah, biar
mahkamah memutuskan dalam semakan kehakiman yang dipohon dan di failkan oleh
pelajar. Prosedur tindakan tatatertib telah dibuat selaras dengan kehendak akta
dimulai dgn penubuhn jawatankuasa siasatan ( bg menentukan adanya prima facie
kes) yg diketuai oleh Prof Dr Wan Sulaiman. Jawatankuasa Disiplin melaksanakan
prosiding dengn betul di ketuai oleh Prof Dr Muslim dan Jawatankuasa rayuan
(diketuai Prof Madya Dr Zakarian Man) telah mempertimbangkan rayuan. - hukuman
kekal.
Tembalan Presien PAS menyokong KUIN 5, siapa Sanusi dengan Timb Presiden

JAWAPAN:
-   
Prosiding yang dilakukan oleh Jawatan
kuasa Disiplin yang diketuai oleh Dr Muslim dijalankan dengan tanpa menuruti
garis panduan tatatertib yang sah:
o
Keputusan perbicaraan dibuat sejurus
selepas perbicaraan dilakukan, tanpa membuat analisa dan kajian di atas
perbicaraan. Mahkamah lain pun mengambil masa beberap hari untuk memastikan
hukuman itu adil dan saksama, tetiba sahaja Mahkamah KUIN tak perlukan masa
untuk mengambil keputusan.
o
Jawatankuasa tidak member peluang
kepada 5 pelajar yang dituduh mendatang bukti dan saksi bagi tujuan pembelaan
o
Jawatankuasa disiplin bertindak
mengelluarkan keputusan tanpa sebarang nota perbicaraan. Saudar Faiz telah
menulis secara rasmi untuk mendapatkan nota perbicaraan namun gagal diberikan
pihak KUIN kerana KUIN tak tulis pun . Setelah didesak oleh Faiz , hingga kini
nota perbicaraan gagal diberikan oleh KUIN sedankan  di dalam Buku tatatertib KUINmembenarkan si
yang dituduh atau waris mendapatkan salinan nota perbicaraan.

Sehubungan itu pihak Gerakan
Mahasiswa Prihatin KUIN mengharapkan agar Sanusi tidak lagi membuat provokasi
dan penipuan terhadap dakwaan yang berkaitan pelajar yang telah
diberikankemenganan oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini. Ini adalah kerana
berbohong itu berdosa , dan orang yang sentiasa melakukan dosa akan masuk
neraka (Minta dijauhkan)

Yang benar,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive