Tuesday, 12 June 2012

ISU BALAK !!! AZIZAN RAZAK PEMBOHONG BESAR !!


Kerana sifat tamak haloba untuk mengaut segala hasil bumi Kedah,Azizan sangup berbohong kepada rakyat kononnya pembalakkan di Baling yang memusnahkan alam sekitar dan punca air bagi penduduk kampung mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Hutan dan Alam Sekitar..

Azizan yang makin tersepit dengan isu yang bakal mengegarkan kariernya cuba melepaskan diri dengan mendakwa ianya sudah mendapat kelulusan dari kedua dua agensi yang terlibat iaitu Jabatan Hutan dan Jabatan Alam Sekitar.




SIK 10 Jun - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menafikan dakwaan kononnya kerajaan negeri menggunakan projek Ladang Sejahtera untuk mengaut hasil balak secara tidak terkawal di negeri itu.


Sebaliknya, jelas beliau, projek tersebut dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Menurutnya, kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) dan Pejabat Daerah mendapat nasihat pihak berkaitan dan projek itu di pantau jabatan tertentu termasuk Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).


"Tidak timbul isu ambil balak kerana kita sedia maklum mengenai kawasan yang dibenarkan untuk aktiviti pembalakan serta bilangan pokok balak yang boleh ditebang. Orang saja buat bising sebab tak mahu projek ini jalan dan mereka nak tengok projek ini gagal.


"Kita kena ingat peraturan memotong balak ditentukan oleh Dasar Perhutanan Negara dan diwakili dua pihak iaitu Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar.


"Kalau kita lulus tanah tetapi dua pihak tersebut tidak lulus pun kita tak boleh buat projek ini. Jadi projek ini bukan tak ada lesen, semua buat ikut peraturan," katanya ketika ditemui di Padang Awam Pekan Sik di sini baru-baru ini.


Menurut Azizan, untuk beberapa daerah, PMBKed telah mengenal pasti seluas 13,325 hektar tanah untuk diusahakan sebagai Ladang Sejahtera.


"Kerajaan negeri menyasarkan sehingga 2016 seluas 20,000 hektar Ladang Sejahtera akan diusahakan di seluruh negeri ini," ujarnya.


Azizan menjelaskan, dakwaan penduduk di sekitar kawasan Gunung Inas bahawa air sungai di kawasan itu keruh disebabkan aktiviti pembalakan juga tidak benar.


"Kalau musim hujan semua tempat air keruh, tempat jernih pun jadi keruh," ujarnya.


Menurut beliau, pihak-pihak yang mengadakan demonstrasi di pekan Baling baru-baru ini mengenai isu air keruh itu bukan penduduk asal di kawasan Gunung Inas.


"Semua saja buat kacau, macam-macam isu depa kacau sekarang. Yang penting sekarang saya tidak ambil duit rakyat, apa yang kerajaan negeri dapat akan diberikan kepada rakyat," jelasnya.


Dalam pada itu, ditanya mengenai dakwaan bahawa peserta-peserta Ladang Sejahtera terdiri daripada ahli-ahli Pas, Azizan berkata, senarai nama peserta Ladang Sejahtera diuruskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). - Utusan

Itu kenyataan yang dibuat oleh Azizan Razak yang terang membohongi rakyat untuk menutup kesalahan sendiri. Kat bawah ni pula video yang dirakam oleh TMK semasa temubual bersama dengan pegawai dari Jabatan Hutan. Pegawai ni diminta turun sendiri oleh Pengarah Jabatan Hutan Negeri Kedah, setelah beliau tidak dapat turun kerana ada urusan lain.

Dengar apa jawapan dari beliau bila ditanyakan mengenai kelulusan dari pihak Jabatan Alam Sekitar




Pegawai ni cakap dalam 'proses'..EIA dalam proses perlaksanaan bererti , projek ladang hutan yang sekarang ni tengah rakus mengondol hutan sebenarnya tidak pernah memohon pun kelulusan EIA (Environmental Impact Assessment).Kami TMK akan mendedahkan temubual ini sepenuhnya, bagaimana PMBked (Perbadanan Menteri Besar Kedah) begitu berkuasa mengarah Jabatan Perhutanan mengikut kehendak mereka atas LESEN LADANG HUTAN (Ladang sejahtera atau Ladang Rakyat).

Kalau nak baca pendedahan lebih lanjut berkenaan sampel air yang di ambil oleh Jabatan Alam Sekitar klik kat sini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive