Tuesday 10 April 2012

TUDIAA!!! SORANG LAGI ADUN PAS YANG FAIL DALAM MATEMATIK ??!!


PADA siapa yang belum kenal, penulis nak kenalkan disini ADUN PAS untuk kawasan Paroi Negeri Sembilan bernama Taufek Abd Ghani. Kelulusan dan kehebatannya sebagai ahli politik tak seberapa tapi kerana dia adalah satu-satunya ADUN PAS dalam DUN Negeri Sembilan, maka media rasmi PAS nampak dia sajalah dibanding pemimpin PAS negeri yang lain.

Kenapa namanya penulis sebutkan hari ini walaupun dia hanya ADUN cabuk yang menang nasib di Paroi kerana kawasan itu terletak dibawah Parlimen Rembau yang diwakili Khairy Jamaluddin? Apa kepentingannya?



Sebabnya ialah, buat julung-julung dan jalang-jalang kalinya Taufek memberanikan diri berbicara tentang hal nasional iaitu pinjaman Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Tapi sedihnya, tindakan yang julung-julung kali yang sepatutnya menjadi bukti kehebatan Taufek, berubah menjadi kejadian yang benar-benar memalukan PAS sendiri, kerana nampak sangat ADUN PAS yang satu ni tak reti mengira!!!

Dalam artikel itu, Taufek menuduh kerajaan Malaysia membelanjakan lebih banyak wang untuk peserta PLKN dibanding dengan pelajar IPTA/IPTS. Kata Taufek, kerajaan belanja RM6,931 bagi kursus PLKN tiga bulan, sementara PTPTN beri pinjaman RM 5,000 – RM 7,000 setahun untuk pelajar institut pendidikan tinggi.

Sekali pandang macam betullah dakwaan Taufek, tapi bila tengok betul-betul, jelaslah sebenarnya Taufek dan Harakah (yang menyiarkan berita ini) cuba mengelirukan rakyat.

Buktinya, PTPTN belanja antara RM 5,000 – RM 7,000 SETAHUN untuk pelajar IPTA/IPTS, sedangkan berapa tahun diambil untuk menghabiskan ijazah pertama? Paling kurang 3 tahun manakala Diploma 2 tahun!!

Setelah didarabkan, jelaslah bahawa dakwaan PAS itu tidak benar sama sekali dan semata-mata untuk mengelirukan rakyat kononnya kerajaan belanja lebih banyak untuk PLKN dibanding dengan PTPTN.

Belanja sebanyak RM 6,931 untuk seorang peserta PLKN itu juga bukan membazirkan wang rakyat (kalau Tauffek cuba nak menjuruskan ke situ).

Sebab, PLKN ini memberikan impak ekonomi kepada masyarakat luar bandar (kem PLKN kebanyakannya berada di luar bandar) dimana lokasi kem PLKN berada. Yang supply kuihnya, yang masak makanannya dan macam-macam lagilah.

Semua ini sengaja tidak dijelaskan oleh PAS kerana mereka tidak berminat dengan kebaikan yang dilakukan kerajaan, yang mereka minat ialah macam mana nak bagi rakyat marah dan benci pada kerajaan.

Psikologi pemberitaan seperti ini sebenarnya memang jadi modus operandi biasa media kawalan pembangkang. Ini bukan kali pertama, malah setiap berita yang ditulis mereka semua menggunakan pendekatan yang sama, tidak pernah berubah dari dulu sampai sekarang.

Cerita separuh benar yang diselang selikan dengan fakta mengelirukan.

Yang penting penulis nak rakyat tahu, ini bukanlah pendekatan berpolitik yang baik dan patut dicontohi, apatah lagi dilakukan oleh parti yang masih perasan memperjuangkan Islam sedangkan perjuangan itu telah lama diubah kepada negara berkebajikan.

Kita perlu ramai-ramai menolak pendekatan sedemikian kerana ia hanya menjadikan kemarahan dan kebencian rakyat kepada kerajaan untuk mendapatkan sokongan.

Taufek sendiri pun akan ditolak orang DUN Paroi kerana dia hanya aktif sebagai ADUN penerima aduan sahaja, cuba selesaikan pun tak pernah. Yang selesaikan ialah kerajaan negeri melalui Pusat Khidmat BN disitu.

SUMBER

1 comment:

Anonymous said...

ko yang bodoh…….ko nak compare setahun dengan 3 bulan…….ko kira road tak setahun 7000 dengan road tax 3 bulan 6K+++…mana lagi mahal?????itu perumpamaan….FAHAM????? Bingai…….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive