Wednesday, 11 April 2012

Gempa Bumi Di Acheh Amaran Tsunami Dikeluarkan

Indonesia mengeluarkan amaran
tsunami ekoran gempa bumi kuat, pada magnitud
8.9, melanda sebelah barat daya wilayah Aceh petang
ini, mencetuskan rasa panik di kalangan penduduk
tempatan.

Gegaran sekitar jam 4.30 petang itu turut dirasai di
kawasan Lembah Klang - Kuala Lumpur, Petaling Jaya
dan Shah Alam serta di utara Semenanjung - Pulau
Pinang, Perlis dan Perak.

Agensi Survei Geologi Amerika Syarikat (USGS)
berkata, gegaran berpusat di kawasan laut 495
kilometer (km) ke barat daya Aceh, sedalam 33
kilometer.

Gegaran juga dirasai di Singapura, Thailand dan
selatan India, lapor Reuters.

Gempa hari ini juga dilaporkan berhampiran dengan
lokasi gegaran pada 2004 yang mengakibatkan
sekitar 250,000 terbunuh di 13 buah negara. Seramai
170,000 orang terbunuh di Aceh sendiri.
Magnitud gegaran lapan tahun lalu itu adalah 9.1 dan
dikesan di kawasan laut sedalam 30 kilometer.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive