Saturday, 14 April 2012

ISU PTPTN : RAFIZI AKUI ISU PTPTN MEMANG SENGAJA DIPOLITIKKAN SEBAB TU LETAKKAN SYARAT ??



Cabaran Menteri Pengajian Tinggi tempoh hari agar kerajaan Pakatan Selangor menghapuskan dulu hutang PTPTN yang ditanggung oleh setiap anak Selangor yang menuntut di pusat pengajian milik kerajaan negeri telah disahut oleh si Penjaga Lembu NFC bernama Rafizi Ramli.

Rafizi menegaskan bahawa, Kerajaan Pakatan Selangor mampu dan boleh menghapuskan segala hutang PTPTN yang kini ditanggung oleh anak Selangor yang menuntut di IPT/IPTS tapi, dengan syarat kena tunggu sehingga Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

Katanya lagi, hutang PTPTN tertakluk dalam bidang kuasa kerajaan pusat oleh itu kerajaan negeri tidak boleh sesuka hati menghapuskanya. Dalam erti kata lain, anak negeri Selangor perlu membayar dahulu hutang tersebut sehingga Pakatan Rakyat menang pilihanraya umum ke 13 nanti. Yang menjadi masalah sekarang, Pakatan Rakyat dilihat sukar untuk menawan Federal (Persekutuan) kerana sokongan Rakyat terhadap Kerajaan BN semakin meningkat di bawah kepimpinan Najib Razak.

Dari apa yang dinyatakan oleh pembantu ekonomi Anwar Ibrahim yang bernilai RM0.50 sen ini, terbukti Pakatan Rakyat sememangnya tidak mampu untuk menyelesaikan apa jua masalah yang berbangkit dan juga masalah yang mereka sendiri timbulkan termasuklah isu pemansuhan hutang PTPTN yang ideanya lahir dari kepala kotei seorang penzina bernama Anwar Ibrahim.

Jika kerajaan Negeri Pakatan Selangor memang berniat untuk membantu dan mempunyai kemampuan dari segi keewangan, segala alasan yang tidak masuk akal seperti yang dinyatakan oleh si Penjaga Lembu NFC itu, ia bukanlah penghalang utama bagi kerajaan negeri Pakatan Selangor untuk melaksanakanya.

Kalau benar pun seperti didakwa, hutang PTPTN ini sukar dihapuskan kerana Kerajaan Persekutuan masih dipegang BN, namun ia tidak menjadi kesalahan untuk kerajaan Negeri Pakatan Selangor menyelesaikan hutang tersebut dengan kaedah dan cara yang lain. Sudah pasti Kerajaan Persekutuan amat berbesar hati sekiranya Kerajaan Negeri Pakatan Selangor begitu prihatin dan sanggup menggalas beban hutang yang ditanggung oleh rakyatnya.

Sekiranya Pakatan Rakyat bercadang ingin menggunakan duit Petronas untuk tujuan menghapuskan hutang PTPTN, apa kata kerajaan Pakatan Selangor sekarang ini, menggunakan sedikit duit dari rizab simpanan tunai yang telah terkumpul hampir RM2 bilion hasil dari duit pasir dan penjualan aset milik kerajaan negeri itu untuk digunakan bagi melangsaikan hutang PTPTN yang ditanggung oleh anak Selangor yang sedang belajar di IPTS (UniSEL) atau Kolej (KUIN) milik Kerajaan Negeri sebagai langkah permulaan.

Baca Sini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive