www.mukhrizmahathirfc.com

Wednesday, 11 April 2012

HANTU ALTANTUYA JELMAAN MAK LAMPIR DATANG MENCEKIK ANWAR ???


Bapa kepada Altantuya, Setev Shaariibuu, menafikan dakwaan bahawa beliau telah dibayar wang supaya mendiamkan diri berhubung kes pembunuhan kejam anak sulung itu.

Professor di Universiti Mongolia itu menegaskan, beliau tidak menerima sesen pun daripada kerajaan Malaysia.

Beliau berkata demikian melalui seorang jurubahasa dalam sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.

Setev mengulas khabar angin yang timbul sejurus selepas seorang tertuduh dalam kes tersebut, Abdul Razak Bagida di bebaskan daripada semua tuduhan berhubung pembunuhan tersebut.

Perbicaraan itu mengemukakan fakta Altantuya telah ditembak mati dan diletupkan menggunakan bahan letupan tentera oleh dua orang pegawai Unit Tindakan Khas pada 2006.

Persoalannya, mengapa pula Kerajaan Malaysia perlu membayar kepada bapa Altantuya, sedangkan ianya tiada kena mengena dengan urusan Kerajaan Malaysia pun?

Dalam pengetahuan MKT, kedua-dua pegawai UTK itupun telah dijatuhkan hukuman. jadi mengapa perlu dikaitkan dengan Kerajaan Malaysia pula?

Inilah permainan Pakatan Rakyat yang cuba memburukkan imej Kerajaan atas perkara yang tiada kena mengena dengan pentadbiran Kerajaan Malaysia.

MKT harap tiada rakyat Malysia yang akan terpengaruh dakyah Pakatan Rakyat yang sentiasa mencipta ruang untuk rakyat membenci Kerajaan sedangkan kebenaran mengenainya ditutup rapat oleh Pakatan Rakyat.

MKT

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive