Wednesday 11 April 2012

PULAU PINANG AKAN MENJADI SINGAPURA KE 2 JIKA.....??




Saya mendapat laporan bahawa kedudukan “Khalifah PAS”, Lim Guan Eng, kini berada di dalam keadaan yang sangat tertekan sekarang apabila semakin ramai rakyat Pulau Pinang kini bangkit menentang pemerintahannya yang ala-ala “pelampau chauvinis rasis ultra kiasu” di negeri itu.

Terbaru, beberapa tokoh NGO dan Parti Progresif Penduduk (PPP) telah membuat laporan polis terhadap anak Lim Kit Siang itu ekoran tindakannya menjual tapak masjid dan sekolah kepada phak pemaju yang dipercayai merupakan salah satu syarikat kroni Pakatan Haram.


Presiden Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (DESMM) yang merupakan sebuah NGO berkecuali dan bersikap neutral politik sebelum ini menjelaskan bahawa mereka enggan campur tangan dalam hal pentadbiran kerajaan atau politik.

Namun mereka terpaksa membuat laporan polis apabila mendapati Lim Guan Eng melampaui batas kesabaran mereka apabila Guan Eng dilihat sering bertindak melukakan hati rakyat Pulau Pinang, khususnya bangsa Melayu yang beragama Islam.

Sehubungan itu, mereka mendesak agar Ketua Menteri Pulau Pinang itu menarik balik penjualan tapak masjid dan sekolah itu serta merta.

Tanah yang dijual Guan Eng kepada pemaju itu merupakan bidang tanah yang telah diwartakan oleh kerajaan BN sebelumnya khas untuk kegunaan yang melibatkan kepentingan orang-orang Melayu dan tidak sepatutnya dijadikan “bahan niaga” oleh Guan Eng bagi mengisi dana PRU13 pihak pembangkang.

Sejak diberikan mandat memerintah Pulau Pinang, “Khalifah” puak-puak PAS itu sering melaksanakan dasar-dasar yang mencetus kontroversi dan tidak memihak kepada rakyat negeri itu.

Contohnya, sekiranya mahu merobohkan gerai di tepi jalan, Guan Eng akan merampas atau merobohkan gerai-gerai yang sudah lama bertapak di kawasan sasaran, khususnya yang gerai-gerai perniagaan orang Melayu, India, India Muslim dan bangsa lain selain Cina.

Sekiranya melibatkan gerai bangsa Cina, Guan Eng dikatakan akan menghapuskan gerai orang Cina yang menyokong Gerakan atau MCA sahaja dan membiarkan gerai-gerai yang pro-DAP berniaga dengan bebas.

Selain itu, projek-projek perumahan di bahagian pulau hanya dibangunkan jenis-jenis kondo mewah, banglo dan rumah-rumah yang mahal serta tidak mampu dimiliki oleh golongan Melayu dan India. Hasilnya, bangsa Melayu dan India terpaksa membeli rumah di seberang pulau dan sekaligus Guan Eng berjaya “menghalau” mereka dari “Pulau Jajahan”nya itu.

Ekoran itu, timbul pula khabar angin menyatakan bahawa tidak mustahil “Khalifah” itu akan membawa keluar Pulau Pinang dari Malaysia dan menjadikannya sebuah negara “republik” seperti Singapura. Benarkah DAP sedang mengkaji secara serius untuk mengeluarkan Pulau Mutiara itu mengikut saluran undang-undang antarabangsa?

Baru empat tahun Guan Eng, sudah banyak tanah dan hak bangsa Melayu dihakisnya. Contohnya tanah di Bayan Baru yang mengandungi tapak masjid dan sekolah itu begitu merentap jantung rakyat di negeri itu.

Saya fikir, jangka hayat Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sudah hampir ke penghujungnya. Rakyat Pulau Pinang sudah sedar dan terjaga dari “tidur” mereka. Insiden-insiden zalim Guan Eng terhadap mereka selama 4 tahun melenyapkan janji-janji manis yang ditabur Pakatan Haram ketika berkempen pada PRU ke-12 yang lalu.

Saya berpendapat, sekiranya Pakatan Haram terus diberi mandat untuk memerintah Pulau Pinang sepenggal lagi, negeri itu bakal menjadi “Singapura ke-2” di gugusan kepulauan Melayu ini. Apakah rakyat Pulau Pinang akan membiarkannya terjadi? Kita tunggu PRU13 ini?

SUMBER

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive