Friday 4 April 2014

RAFIZI SERANG @Sir_Azri UNTUK TUTUP KES BAFIA ??


Rafizi satu satunya MP PKR paling bacul dengan menyerang dan mengugut individu yang dikatanya Papagomo dengan mendakwa memberi keterangan palsu di Mahkamah..

Baca tulisan Sir Azri yang mengutuk tindakkan Rafizi dan beberapa MP Pkr yang lain dibawah..


Rafizi Ramli melalui twitter menyerang saya dengan menakut nakutkan saya dengan hukuman 7 tahun penjara kerana dikatakan memberi keterangan palsu di mahkamah. Turut sama menyerang saya adalah N.Surendran ahli parlimen Padang Serai dan Lathefa Koya ahli majlis tertinggi PKR yang juga bekas ahli majlis perbandaran Petaling Jaya. Lathefa Koya dan N.Surendran ini juga merupakan peguam kepada Dato Sri Anwar Ibrahim sewaktu kes saman Anwar ke atas saya.



Mereka berjawatan dengan kekebalan Ahli Parlimen yang mana mempunyai kedudukan yang cukup baik dari segi politik dan juga mempunyai pengaruh yang boleh menjadikan sesuatu kes prejudis ke atas saya seorang rakyat marhain yang tidak mempunyai apa apa kapasiti jawatan dalam politik mahupun kerajaan. Adakah ini yang telah membuktikan bahawa rakyat marhain seperti saya akan menjadi mangsa ditindas oleh mereka yang berjawatan dan kebal undang undang

Sebagai contoh Rafizi Ramli telah dituduh di mahkamah seksyen Shah Alam atas kesalahan BAFIA yang mana kes tersebut dibicarakan pada tanggal 1/8/2012. Rafizi Ramli yang sewaktu itu merupakan pengarah strategik PKR telah diberikan ikat jamin sebanyak RM 15,000 ringgit dan mahkamah menetapkan kes perbicaraan pada bulan September 2012.

Rafizi Ramli kemudiaanya melakukan segala usaha bagi mengetepikan pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau dan mendakwa beliau tidak bersalah dalam mendedahkan maklumat perbankkan milik individu lain. Mahkamah kemudiannya memutuskan kes tersebut dibicarakan pada tanggal Jun 2013. Rafizi Ramli


Sedikit kronologi kes BAFIA Rafizi Ramli :

10 September 2012, Rafizi Ramli menerusi peguamnya, Sivarasa membuat rayuan agar pertuduhan tersebut diketepikan kerana beranggapan, pertuduhan tersebut melanggar peraturan negara, selain berniat jahat untuk mengenakan Rafizi Ramli.

23 November 2012, permohonan untuk mengenepikan tuduhan, ditolak oleh Mahkamah Tinggi dan Rafizi Ramli yang cukup hebat apabila bercakap tetapi pucat lesi apabila dibawa masuk ke mahkamah, meneruskan proses untuk mengenepikan tuduhan tersebut di Mahkamah Rayuan.

23 Mei 2013, rayuan Rafizi Ramli yang difailkan oleh Sivarasa Rasiah di Mahkamah Rayuan telah ditolak kerana rayuannya tidak mempunyai merit. Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali berkata, dakwaan bahawa tuduhan itu bercanggah dengan dasar awam tidak mempunyai merit.

Hakim kemudiannya mengeluarkan arahan agar perbicaraan kes itu dipercepatkan kerana ia melibatkan kepentingan awam. Kes itu sepatutnya disebut di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 10 Jun.

Namun pada 10 Jun malah sehingga ke hari ini kes tersebut masih lagi belum berjalan yang mana Rafizi Ramli kini sudah menjadi seorang ahli Parlimen. Adakah atas kerana beliau seorang ahli parlimen maka kes tersebut telahpun digugurkan? Adakah ini yang berlaku dalam Malaysia hari ini yang mana kes yang melibatkan kepentingan awam sepertimana kes Rafizi Ramli ini tidak perlu diteruskan ataupun wajar digugurkan?

BACA SETERUSNYA DI SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive