Monday 31 March 2014

ADUN DAP FITNAH SEKS MINTA MAAF ?? IKHLAS KE TU ??



Ingat lagi bagaimana bekas Speaker DUN Negeri Perak Datuk R.Ganesan dimalukan oleh beberapa orang wakil rakyat DAP yang didakwa terbabit dengan skandal seks pada akhir tahun 2012?.

Berita itu disiarkan oleh kebanyakkan media cetak. Masyarakat India di Lembah Kinta terkejut dengan laporan tersebut kerana mereka mengenali Ganesan sebagai seorang yang lemah lembut dan seorang gentleman.

Lebih mendukacitakan laman-laman blog pro pembangkang mensensasikan isu ini sehingga Ganesan, ketika itu sedang mempengerusikan sidang DUN diaibkan.



Konon Ganesan didakwa mempunyai hubungan dengan seorang wanita serta adegan panas itu dirakam ke dalam cakera video digital (DVD) sebelum ia dihantar ke pejabatnya. Selain menafikan dakwaan itu, Ganesan membuat laporan polis.

Agak ironi ADUN Tronoh ketika itu, V.Sivakumar dan ADUN Buntong, A Sivasubramaniam membuat laporan polis, selepas mereka menerima satu sampul surat berisi dokumen dua muka surat diambil dari blog dan satu DVD. Ia mengenai skandal seks seorang lelaki dikaitkan dengan Ganesan dengan seorang wanita tidak dikenali.

Lebih memalukan ialah ketika pembangkang mempermodalkan isu panas ini,beliau ialah Speaker DUN Perak serta dilihat mempunyai masa depan cerah dalam politik MIC dan politik nasional.

Menjelang sidang DUN Perak hari ini, lima wakil rakyat DAP meminta maaf secara terbuka kepada Ganesan. Mereka terdiri dari V.Sivakumar, A.Subramaniam, Ngeh Koo Ham,Nga Kor Ming dan Lim Pek Har.

Ini adalah rentetan dari keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh mendapati Ganesan tidak terlibat dalam sebarang skandal yang mereka dakwa itu.

Ketika membuat keputusan (20 Jan. 2014),Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Harmindar Singh Dhaliwal memutuskan Ganesan tidak terlibat dalam skandal seks seperti didakwa defendan.

Hari ini juga kepuasan dapat dilihat diwajah Ganesan apabila kelima-lima ADUN DAP itu membacakan keputusan mahkamah bagi permohonan maaf berkenaan. Ia adalah atas perbuatan mereka terhadap sindiran negatif dan memalukan terhadapnya. Selain speaker,Ganesan merupakan seorang peguam.

Malangnya hari ini Ganesan tidak lagi dikekalkan sebagai speaker,Tempatnya digantikan dengan Datuk SK Devamany, yang juga Naib Presiden MIC.

Untuk rekod juga,kelima-lima wakil rakyat DAP itu memberi jaminan tidak menerbit atau mengulangi perkataan yang ditetrbitkan tempohhari.AGENDA DAILY

1 comment:

Anonymous said...

Mcmana la macha boleh maafkan babi dua beradik tu. nasib baik msia ada undang2 klau tidak babi dua ni dah kena " simpan".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive