Tuesday 18 November 2014

#BajetKedah @MukhrizMahathir 6 Projek Utama Dalam RMK-11




Kerajaan Negeri Kedah merancang enam projek utama dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) yang mampu memacu pembangunan dan kemajuan negeri ini.

Projek pemangkin itu ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Bandaraya Aero Kedah (Kedah Aerocity), Lebuhraya Sungai Petani-Kedah Inner Expressway (SPIKE), Bandaraya Getah Kedah (Kedah Rubber City), Taman Sains dan Teknologi Kedah (Kedah Science and Technology Park) dan Bandaraya Sains Perubatan Kedah (Kedah Medical Science City).

Semasa membentangkan Bajet Kedah 2015 bertema Ekonomi Modal Memakmurkan Rakyat, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata walaupun pelaksanaan projek-projek itu dijangka bermula dalam RMK-11, namun kerajaan negeri sudah mengambil tindakan awal untuk menyiapkan prasarana mulai tahun hadapan.

Menurutnya cadangan pembinaan KXP dilihat amat penting untuk memainkan peranan sebagai pintu masuk dan keluar aktiviti perdagangan wilayah utara walaupun Kedah sudah mempunyai Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

"Ini dikuatkan dengan justifikasi yang diterima ramai. Kesesakan trafik di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang diakui menjadi lebih kritikal beberapa tahun lagi dan akan mengalami pertumbuhan semakin pesat dalam masa tiga tahun akan datang bagi pengendalian penumpang.

"Ia semakin kurang mampu memainkan peranan sebagai lapangan terbang bagi pengangkutan kargo. Peranan inilah yang akan diambil alih KXP," katanya di Dewan Undangan Negeri Kedah, Wisma Darul Aman di sini.

Bagi Bandaraya Aero Kedah, Mukhriz berkata kerajaan negeri merancang untuk menyediakan sebidang tanah kira-kira 40 hektar di KXP untuk menempatkan syarikat-syarikat pengeluar komponen dan perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan membaik pulih (MRO) pesawat.

"Malaysia sudah terkenal sebagai pengeluar komponen dan alat pesawat kapal terbang. Syarikat-syarikat di Melaka, Selangor dan Kedah menyumbang kepada pembinaan pesawat jenama besar seperti Boeing dan Airbus.

Pengeluar komponen pesawat dan perkhidmatan MRO memerlukan akses kepada landasan kapal terbang di lapangan terbang," katanya.

Menurutnya rancangan kerajaan negeri untuk mewujudkan SPIKE, yang akan menghubungkan Changkat Jering di Perak ke Sungai Petani dan Kulim sepanjang 133 kilometer (km), bermatlamat merancakkan pembangunan kawasan luar bandar di negeri ini.

"Dalam masa sama, lebuh raya ini dapat memendekkan masa perjalanan di Lebuhraya Utara Selatan kerana ia akan menjadi lencongan daripada kesesakan di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Pada masa akan datang, kerajaan mempunyai pilihan menyambungkan lebuh raya ini sehingga ke Bukit Kayu Hitam sejauh 83 km," katanya.

Mengenai cadangan pembinaan Bandaraya Getah di Ladang Bukit Ketapang di daerah Padang Terap, Mukhriz berkata kewujudan bandar raya itu di kawasan yang dikelilingi sumber bahan mentah yang amat banyak akan menarik minat pengeluar barangan berasaskan getah melalui penggunaan teknologi tinggi.

"Kedah dan dan Wilayah Selatan Thailand dikenali antara pengeluar getah terbesar dunia. Kelebihan ini harus diambil kesempatan oleh kerajaan negeri bagi mewujudkan satu bandaraya getah yang akan menjadi pengeluar utama produk berasaskan getah selain bertindak pusat penyelidikan getah," katanya.

Beliau berkata bagi projek Taman Sains dan Teknologi Kedah, kerajaan negeri mencadangkan ia dibangunkan di kawasan seluas 678 hektar di Bukit Kayu Hitam dan ada pelabur asing yang menunjukkan minat untuk menyertai projek itu.

Faktor kelebihan geo-ekonomi rantau Asean yang menjadi pilihan pelabur dalam industri pengeluaran automobil Thailand, Malaysia dan Indonesia mencetuskan ilham kepada kerajaan negeri mewujudkan taman itu.

"Taman sains dan teknologi yang menempatkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) seperti yang dikehendaki pelabur dalam industri automotif dan lain-lain akan menjadi pelengkap kepada keperluan industri berat," katanya.

Mukhriz berkata bagi projek Bandaraya Sains Perubatan Kedah, kerajaan negeri telah membuka tawaran kepada mana-mana pihak yang berminat untuk melabur di atas kawasan seluas 264 hektar di Bandar Baharu.

"Pengeluar utama barangan perubatan dari seluruh dunia seperti Australia, Amerika Syarikat, Jerman dan Itali berhasrat menjadikan bandaraya ini sebagai pusat cawangan di rantau ini.

"Faktor tarikan kepada pelabur ini adalah kerana wujudnya banyak syarikat kecil dan sederhana dari sektor elektronik di Koridor Utara yang akan menjadi pembekal kepada industri," katanya.

-- BERNAMA

2 comments:

Anonymous said...

Harapnya YAB DS Mukhriz juga membuka peluang pelaburan besaran/kecilan dari DUNIA ISLAM OIC serta penglibatan SAINTIS-SAINTIS Islam dlm industri perubatan Islam, bukan hanya dari Barat dan juga ASEAN - yg. diDOMINASI negar-negara Bukan Islam! Kan Kedah adalah NEGERI ISLAM yg. kuat. Maka, juga tolong pastikan penyiasatan terperinci yg. pelaburan dari Barat-ASEAN, tiada kaitan dgn. mana-mana pemegang saham atau merupakan penyokong kuat Zionis-JAHANAM terutamanya Empayar Rockefeller dan Rothschild - yg. terlibat dgn. besar dlm industri perubatan multinasional cthnya. Sanofi Pasteur/Merck (yg. sekrg. disyaki mahu mengeluarkan Vaccine Denggi besaran, yg. mencurigakan, disyaki boleh menyebabkan kemandulan).

Dan harapnya, tolong pastikan setiap Tanah Rizab Melayu diTEBUS dan diTUBUHkan, terutamanya utk. bina lebih banyak rumah kos rendah/sederhana/tapak perniagaan utk. BUMIPUTERA Islam/Melayu - dan lebih banyak asrama-asrama TRANSIT-kos rendah, termasuk asrama-asrama ISLAM waniat/lelaki yg. CANGGIH, SELAMAT dan SELESA; di setiap ceruk bandar di Kedah; utk- pelajar/pekerja/keluarga miskin/sederhana terutamanya yg. dari luar bandar.

Makcik Sambal Belacan..

Anonymous said...

Harapnya YAB DS Mukhriz juga membuka peluang pelaburan besaran/kecilan dari DUNIA ISLAM OIC serta penglibatan SAINTIS-SAINTIS Islam dlm industri perubatan Islam, bukan hanya dari Barat dan juga ASEAN - yg. diDOMINASI negar-negara Bukan Islam! Kan Kedah adalah NEGERI ISLAM yg. kuat. Maka, juga tolong pastikan penyiasatan terperinci yg. pelaburan dari Barat-ASEAN, tiada kaitan dgn. mana-mana pemegang saham atau merupakan penyokong kuat Zionis-JAHANAM terutamanya Empayar Rockefeller dan Rothschild - yg. terlibat dgn. besar dlm industri perubatan multinasional cthnya. L'Oreal dan Sanofi Pasteur/Merck (yg. sekrg. disyaki mahu mengeluarkan Vaccine Denggi besaran, yg. mencurigakan, disyaki boleh menyebabkan kemandulan).

Dan harapnya, tolong pastikan setiap Tanah Rizab Melayu diTEBUS dan diTUBUHkan, terutamanya utk. bina lebih banyak rumah kos rendah/sederhana/tapak perniagaan utk. BUMIPUTERA Islam/Melayu - dan lebih banyak asrama-asrama TRANSIT-kos rendah, termasuk asrama-asrama ISLAM waniat/lelaki yg. CANGGIH, SELAMAT dan SELESA; di setiap ceruk bandar di Kedah; utk- pelajar/pekerja/keluarga miskin/sederhana terutamanya yg. dari luar bandar.

Makcik Sambal Belacan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive