Saturday 18 October 2014

FITNAH FELDA !! WAN AZIZAH DAN 2 LAGI DIARAH BAYAR 200 JUTA @Ahmadmaslan



Pada 16 Ogos 2010, Felda dan anak syarikatnya memfailkan saman terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Senator Dr Syed Husin Ali yang ketika itu Naib Presiden PKR, Dzulkarnain dan penulis artikel Rusnizam Mahat atas dakwaan menyiarkan dua artikel yang memfitnah Felda dalam akhbar Suara Keadilan.

Felda mendakwa artikel yang disiarkan pada 22 dan 29 Jun 2010 bertajuk ‘Felda Bankrap’ dan artikel berserta gambar bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu’ menjejaskan imej mereka.


Bagaimana pun bekas editor Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib pada 2 Oktober lalu telah memohon maaf kepada Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, berhubung penerbitan dua artikel tersebut dan mengakui ia palsu dan tidak benar.


Dzulkarnain dalam permohonan maafnya yang dibacakan di mahkamah terbuka berkata artikel-artikel tersebut diterbitkan oleh Suara Keadilan dengan niat untuk memperkecilkan plaintif-plaintif dan merosakkan reputasi mereka.



“Sebagai editor Suara Keadilan pada masa itu, saya telah menyarankan bahawa tajuk utama itu harus dikemukakan sebagai persoalan dan menasihatkan bahawa pernyataan sedemikian boleh menyebabkan saman fitnah.

“Bagaimanapun pihak atasan PKR, penerbit akhbar Suara Keadilan berkeras untuk meneruskan dengan tajuk utama itu (Felda Bankrap) dengan niat untuk membuat kerosakan maksimum terhadap reputasi plaintif-plaintif,” katanya membuat pengakuan.

Sehubungan itu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said kemudiannya membatalkan saman Felda terhadap Dzulkarnain yang kini merupakan perunding media tanpa sebarang perintah berhubung kos.

Kamaludin juga merekodkan penghakiman persetujuan yang mengandungi kenyataan permohonan maaf yang dibacakan oleh Dzulkarnain di mahkamah.




Justeru, saman Felda terhadap Dr Wan Azizah, Syed Husin dan Rusnizam sahaja masih diteruskan.


Ternyata, keputusan akhirnya berpihak pada FELDA dan anak syarikatnya Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang semalam mengisytiharkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah dan dua yang lain bersalah berhubung dakwaan menerbitkan dua artikel dalam akhbar Suara Keadilan yang memfitnah Felda.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Kamaludin Md. Said turut memerintahkan gantirugi yang perlu dibayar oleh PKR kepada Felda akan ditafsirkan kemudian oleh Mahkamah di hadapan Penolong Kanan Pendaftar.

Melalui saman ini, Felda telah menuntut RM200 juta sebagai gantirugi terhadap fitnah tersebut. - mynewshub.my

5 comments:

Anonymous said...

Alahai. Setakat 200 juta , berapalah peneroka felda boleh makan, saman lah 662 juta, barulah puas hati,

Anonymous said...

PADAN MUKA si betina-suka-KipasCINA ni! Pilah lu mengemis kat TUAN Barat-ZIONIS lu!

Makcik Sambal belacan.

Anonymous said...

ajaran sesat pkr saman sapa saja pihak yg tak sebulu denganya macam dap juga. nah amik kou kou, bayarlah saman bila kalah perang dengan felda, apa guna maaf2 kerana felda sudah kena pukul mati dan dihina sesuka hati. pihak felda jangan jadi pondan lemah tengkuk kena kipas jijah tongkang mulalah tarik tali bagi muka, jika begini sampai mampos duit anuar tak habis dimakan anak beranak cucu cicit.

Anonymous said...

SETUJU anon 14.55! Betul kita harap FELDA jgn. jadi PONDAN - nanti terima pula maaf dari BETINA TONGKANG ni - supaya dia tak payah bayaq berjuta tu! Selama ni, puak BUAS PKRSODOM/DAPBANGKAI ni asyik dok saman sini sana; sekrg. dah terkena btg. hidong sendir, baru depa tahu aaahhh!

Makcik Sambal Belacan.

HAMIDIsP said...

Padan muka situkang fitnah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive