Tuesday 26 August 2014

U TURN ATAU BALAS DENDAM ??




Keputusan terbaru PAS menyerahkan kepada kebijaksanaan Sultan Selangor memilih menteri besar baharu dan 13 wakil rakyat parti itu tidak menandatangi akuan bersumpah menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tentu diluar jangkaan PKR.

Sebelum ini, PKR dikejutkan keputusan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat (PR) yang menyokong pencalonan Presiden PKR itu tetapi dikepilkan juga nama Mohamad Azmin Ali.

Bagaimanapun, apabila PKR dan mesyuarat PR pada 17 Ogos lalu tetap mencalonkan Wan Azizah sahaja, PAS tentu berpendapat, pandangan mereka diketepikan begitu sahaja oleh PKR yang dilihat terlalu angkuh dalam menentukan jawatan menteri besar.

Justeru itu, keputusan PAS Pusat pada Isnin menyerahkan soal pelantikan kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah serta tidak menandatangani akuan bersumpah, boleh dianggap ‘ balas dendam’ parti itu terhadap PKR yang menolak cadangan supaya nama Azmin disertakan bagi jawatan menteri besar.



Lebih menarik, disebalik keputusan itu, PAS masih kekal dengan pendirian supaya nama Wan Azizah dan Azmin dicalonkan bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setakat ini, pemimpin-pemimpin PKR membisu dengan keputusan terbaru PAS itu.

PKR tentunya berharap mesyuarat PAS hari ini memutuskan sokongan sebulat suara kepada Wan Azizah mengambil kira keputusan PR pada 17 Ogos.

Parti itu juga tentu berharap baki 13 Adun PAS akan menandatangani akuan bersumpah menyokong pencalonan Adun Kajang itu.

Sebelum ini, PKR mendakwa sudah mendapat 30 sokongan Adun PR termasuk dua daripada PAS.

Tindakan menyongsang arus oleh PAS ini boleh memberi macam-macam tafsiran.

Ada berpendapat, PAS sudah ‘penat’ melayan karenah PKR yang berkeras mahu Wan Azizah sahaja sebagai menteri besar.

Walhal PAS sudah mengalah dengan menolak kerusi penting itu semata-mata mahu menghormati konsensus bahawa jawatan menteri besar di Selangor adalah milik PKR walaupun parti itu mempunyai kerusi Adun melebihi PKR.

Dalam pada itu, walaupun pemimpin-pemimpin PKR membisu dengan keputusan PAS tetapi apa disuarakan portal pro pembangkang Malaysian Insider seolah-olah menggambarkan apa yang terbuka dalam hati pemimpin PKR.

Melalui komenternya portal itu menytifatkan, tindakan parti Islam tersebut menunjukkan PAS tidak boleh dipercayai untuk menunaikan janjinya selepas menunggu sebulan untuk memutuskan calon menteri besar Selangor disokongnya.

Bagaimanapun, perkara tersebut tidak penting kerana Wan Azizah sudah memiliki sokongan 30 Adun. Beliau tidak perlu sokongan baki 13 Adun PAS tersebut.

“Sebaliknya, ini hanya menyerlahkan wajah sebenar PAS. Sebuah parti yang sebelum ini bercakap mengenai negara berkebajikan tetapi kini lebih banyak bercakap mengenai undang-undang jenayah Islam, hudud dan hukuman daripada kebajikan atau ihsan.

“Keputusan hari ini membuktikan PAS hanya memberikan janji kosong. PAS bukan untuk semua, tapi hanya untuk mereka sendiri,” tulis portal itu lagi.

Sebenarnya, PKR perlu menyalahkan parti dan diri pemimpin parti itu sendiri yang merencanakan Langkah Kajang tetapi gagal mencapai penyudah yang baik.

Kini, tumpuan kepada Sultan Selangor yang akan menerima menghadap Khalid memberi cadangan kaedah terbaik menyelesaikan perebutan jawatan itu, petang esok.

Selain kuasa dan perkenan Sultan memilih dan melatik mana-mana Adun daripada PKR mahupun PAS sebagai menteri besar, pilihan lain tentunya membubarkan Dewn Undangan Negeri (DUN) supaya diadakan pilihan raya negeri bagi menyelesaikan kemelut itu. – bnbbc.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive