Saturday 25 October 2014

MEK MULONG DI ISYTIHAR SENI WARISAN KEDAH @mukhrizmahathir





Kerajaan negeri Kedah mengisytiharkan teater tradisional, Mek Mulung sebagai Seni Warisan Kedah bagi merintis jalan untuk diiktiraf sebagai Warisan Dunia oleh Unesco, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Katanya keputusan itu dibuat dengan mengambil kira fakta bahawa Kedah sebagai satu-satunya negeri yang mempersembahkan seni persembahan itu sejak 400 tahun lalu.

Mukhriz berkata, sehubungan itu pelbagai usaha akan digerakkan kerajaan negeri dengan kerjasama pihak tertentu untuk mempromosi teater tradisional ini ke peringkat nasional dan antarabangsa.

“Persembahan Mek Mulung telah dimainkan daripada generasi ke generasi selama lebih 400 tahun di Kedah.





“Dengan pengiktirafan ini ia sekali gus membuka jalan untuk membolehkan Mek Mulung suatu hari nanti dipertimbangkan Unesco sebagai Warisan Dunia,” katanya semasa berucap merasmikan sidang kemuncak Penulis Malaysia dan pelancaran Buku Mek Mulung dekat sini.

Mek Mulung merupakan teater tradisional masyarakat Melayu yang menggabungkan unsur-unsur lakonan, nyanyian, tarian dan muzik dalam suatu persembahan dengan Raja atau Pak Mulung sebagai watak utama dibantu Peran Tua, Peran Muda, Peran Kiau dan ahli nujum yang dipanggil Tok Wak.

Sementara itu, sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada industri penulisan negara, Mukhriz turut mengumumkan penubuhan Yayasan Penulis Malaysia sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang diharap dapat menggerakkan indutri itu secara lebih aktif.

“Objektifnya adalah untuk menyatupadukan rakyat berbilang bangsa, dan seterusnya membantu Malaysia mencapai matlamat sebagai negara maju bertamadun besar suatu hari nanti,” katanya. – BERNAMA

2 comments:

Anonymous said...

Tapi diharapkan penari/pelakon warisan tradisi PUSAKA nenek moyang kita ini dibenarkan memakai TUDUNG ISLAM, cthnya tudung BATIK!

Anonymous said...

Tak penting Malaysia menjadi negara maju ala-Barat/ZIONIS kalau HAK dan TANAH/ALAM MELAYU ISLAM PUSAKA nenek moyang kita ni terus TERGADAI kat bangsa PENDATANG tempatan/asing!

Lihat pemimpin VENEZUELA, Pres. Maduro ini yg. amat berani memperjuangkan hak BUMIPUTERA Palestin, dari KEANGKUHAN Barat-ISrael-KEPARAT, termasuk Pres. Maduro memberikan BIASISWA pengajian perubatan kpd. SERIBU anak PALESTIN- lihat di http://www.telesurtv.net/english/news/100-Gazan-Youths-Arrive-in-Venezuela-to-Start-Medical-School-20141009-0060.html , 100 Gazan Youths Arrive in Venezuela to Start Medical School, Published 9 October 2014!

Sedangkan Univ. AlBukhary Antarabangsa di Kedah tu, kat NEGARA ISLAM kita ni, yg. nak bantu anak-anak ISLAM MISKIN global pun mungkin dah HANCOQ terus (nak cari berita terbaru pun bukan main susah tentangnya kat media)!

Dan lihat juga Pres. Maduro ini telah MEMULANGkan balik 1.8 JUTA HEKTAR tanah kpd. BUMIPUTERA Venezuela; sedangkan TANAH RIZAB MELAYU kita yg. diROMPAK pun masih tak tertebus dan di P. Pinang terutamanya, BUMIPUTERA Islam/Melayu makin diHALAU dari bumi sendiri dan mungkin cucu-cicit kita akan MEREMPAT/MENGEMIS di SELURUH bumi sendiri!

Lihat KEBERANIAN Pres. Maduro ini, di - http://alethonews.wordpress.com/2014/10/16/maduro-hands-over-land-titles-to-indigenous-communities-creates-institute-to-protect-native-languages/ , Maduro Hands Over Land Titles to Indigenous Communities, Creates Institute to Protect Native Languages, By Z.C. Dutka | Venezuelanalysis | October 15, 2014:

On Monday, in celebration of the nationally acclaimed Day of Indigenous Resistance, Venezuelan president Nicolas Maduro established a presidential council for indigenous peoples, handed over collective land titles to 14 original communities, lowered the threshold age for indigenous pensioners, and announced the creation of an institute to protect the country’s 44 native languages.

The South American leader also pledged 5000 new homes for indigenous communities for 2015 through the national housing mission Mision Vivienda, and announced the investment of 575 million bolivars (about $7 million) to address extreme poverty in 396 of those communities…..

Land titles that encompass six ethnic groups and 14 communities of Anzoategui state were presented to community representatives; 1,891 hectares to the Guatacarito people, 438 to the Cumanagoto, 983 to the Capachal, 3,294 to the Pedregal, 657 to the Guayabal and 1,119 hectares to the Kariñas of Mapiricurito.

From 2011 to 2013 the Committee for the Demarcation of Land and Habitat, of the indigenous ministry, has signed 40 property titles for collective lands, including over 1.8 million hectares of land.

In a similar ceremony in July, Nuñez declared, “Today, the Bolivarian government recognizes the lands that ancestrally belonged to us and have been our home for many years.”

Makcik Sambal Belacan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive