Friday 19 July 2013

PANASSS ! TNB DAH NAIKKAN TARIF ELEKTRIK DARI TAHUN LEPAS LAGI !?




Terkejut jugak aku bila TNB umum nak naikkan lagi tarif elektrik kat Malaysia ni, Bukan apa, aku rasa macam dah naik saja dari ujung tahun lepas.. Sebab aku pernah lalui benda ni. Sebelum ni masa TNB pakai meter lama jenis aruhan elektromekanikal (jenis pusing) bil rumah aku tak berapa tinggi sangat..

Setiap bulan dalam anggaran RM25 hingga RM35 sahaja.Jarang lebih dari RM50..Pada hujung tahun lepas pada bulan Oktober, TNB datang menukar meter jenis digital bagi memudahkan urusan pembacaan meter..

Pada bulan pertama selepas mengunakan meter digital, aku dapati bil dari meter baru amat meragukan.. Dari RM25- RM35 jumlah yang aku bayar tiap tiap bulan sebelum ini telah meningkat menjadi RM 55-Rm 70 keatas.




Lalu aku menghubungi pihak TNB untuk membuat aduan tentang kenaikkan ini.. Hasil pemeriksaan TNB terhadap meter yang baru dipasang mendapati meter itu tidak ada masalah.. Kakitangan TNB memberi alasan kononnya kadar yang dikenakan normal..

Nak dijadikan cerita, meter digital yang baru dipasang tu pula rosak dan selepas TNB mengantikan meter digital yang baru, bil elektrik aku sekali lagi melambung hingga RM115..

meter digital

Jadi aku fikir balik, kenapa setiap kali TNB tukar meter, bil elektrik mesti naik dalam 45-50% .. ? Adakah meter baru yang digunakan oleh TNB ini sebenarnya mempunyai putaran 2 hingga 3 kali ganda dari meter biasa hingga kadar bil meningkat.. ?

Itu yang aku katakan bahawa tarif elektrik sebenarnya dah naik dari tahun lepas lagi.. Lagipun apa keperluan TNB mahu menaikkan lagi tarif elektrik sedangkan TNB mengaut keuntungan berbilion setiap tahun?




Diatas adalah laporan laporan akhbar yang menunjukkan bahawa TNB berjaya mengaut keuntungan berbilion ringgit setiap suku tahun dalam tempoh 2012 hingga 2013..

Justeru, sekarang bukan masa yang sesuai atau yang benar benar terbaik bagi TNB untuk naikkan kadar baru tarif elektrik di Malaysia.. Dengan penambahan keuntungan berbilion bilion ini, aku yakin TNB mampu mengekalkan tarif yang ada sekarang dan memperbaiki meter digital yang baru diperkenalkan oleh TNB..

4 comments:

Anonymous said...

Roda meter pusing cepat, maka kadar bacaan turut meningkat. Tu yang bil melambung-lambung. Tambahan lagi kalau musim panas, pakai air cond. Sebab tu kena tutup suis kalau tak guna. Aduss.

Anonymous said...

tnb nk bayar hutang luar negara 8 billion us pakai bon 10 tahun dulu agaknya tak? juga nak bayar ipp yo tong lai di johor dengan kadar tertinggi iaitu 14 us sen pe kilowatt sedang kan ipp lain kurang dari 8 us sen per kllowatt.
siapa stakeholder ytl dan hutang bon tu?

Anonymous said...

TAHNIAH UMNO KERANA SOKONG BARISAN NASIONAL UNTUK NAIK HARGA.

Bodoh umno sokong letrik naik.

Selagi umno petintah barang tetap akan naik harga.

sokong umno melayu merana.

Anonymous said...

UNDILAH BARISAN NASIONAL


terima kasih kepada pengundi BN di PRU13 lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive