dulu boleh takkan sekarang tak boleh ?? |
KJ mahu Wisma Putra bidas Vatican
Pemuda BN mahu Wisma Putra menghantar nota bantahan kepada kerajaan Vatican kerana campur tangan dutanya di Malaysia Biskop Joseph Marino yang menyokong kempen gereja tempatan menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan bagi perkataan 'God' di kalangan penganut agama Kristian.
Menurut pengerusinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, perkara itu amat sensitif dan beliau berharap nota protes berkenaan akan menghentikan komen-komen seumpama itu yang bakal mengeruhkan keadaan sedia ada.
"Ini soal campur tangan asing dalam hal ehwal kita dan pandangan beliau amat tidak membantu.
“Majoriti masyarakat Islam di negara ini tidak bersetuju (dengan perintah mahkamah) dan meminta mahkamah untuk menyemak semula keputusan. Namun ia adalah hal ehwal negara dan biskop itu tidak perlu campur tangan," katanya selepas sidang media mengenai Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional 2013 di Menara Datuk Onn di sini hari ini.
Sokongan terbuka biskop Marino kepada gereja tempatan untuk menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan bagi perkataan 'God' mendapat tentangan hebat beberapa kumpulan Islam.
Mereka menyifatkan tindakan itu sebagai tidak sensitif dan menghina umat Islam serta orang Melayu.
Mengulas lanjut, Khairy berkata isu kompleks itu mesti ditangani dengan teliti.
“Kita mesti ambil kira pandangan majoriti (rakyat) dan juga penganut Katholik tanpa campur tangan biskop," katanya
Kat atas tu kenyataan KJ dipetik dari portal Antarapos.. Tapi aku nak cadangkan kepada YB Khairi Jamaludin, apa kata hantar skuad pendesak Pemuda Umno paling ganas termasuk Exco Exco berdemo di depan pejabat kedutaan Vatican City..
Baru nampak Pemuda Umno & BN sebagai entiti pendesak.. Bukannya Pemuda BN suruh Wisma Putra bidas Vatican.. Keluarkan suara lantang pemuda..Dulu boleh takkan sekarng tak boleh ??
No comments:
Post a Comment