Saturday 20 July 2013

#PRKKUALABESUT : MB KEDAH @MukhrizMahathir TURUN BAGI SOKONGAN





Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir meminta pengundi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut mengekalkan pemerintahan Terengganu di bawah Barisan Nasional (BN) dengan memilih BN pada pilihan raya kecil DUN itu 24 Julai ini.

"Oleh kerana sudah ada yang baik-baik di negeri Terengganu ini, sehinggakan kami dari Kedah dan negeri-negeri lain pun datang untuk belajar dengan Terengganu, maka saya rasa tidak ada sebarang keperluan untuk penduduk negeri ini menukar kerajaan.

"Kami lihat kerajaan BN Terengganu adalah satu kerajaan yang begitu progresif dan mempunyai wawasan serta pendekatan luar kotak yang telah berjaya melonjakkan negeri ini ke tahap jauh lebih baik berbanding terdahulu termasuklah bidang pendidikan," katanya kepada pemberita selepas melawat Bilik Gerakan Kedah.

Beliau turut menyampaikan wang zakat kepada lebih 100 penerima dari Kampung Air Terjun dekat sini hari ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive