Thursday 18 July 2013

DAKWAT KEKAL MASIH BERTAHAN BIARPUN DICUCI BERKALI KALI !!



Lepas nie puak macai pr tak leh la nak bangkit isu dakwat kekal lagi dah..dah terbukti kekal kali ni.. dan warna pun lebih gelap dari sebelum ni..

Simulasi proses pengundian dan cara mencelup dakwat kekal untuk pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut melibatkan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan media berlangsung di sini hari ini.

Dua petugas SPR dan tiga wakil media mengambil bahagian dalam simulasi kira-kira sejam itu yang dikendalikan Pengarah Akademik Pilihan Raya SPR Abdullah Jusoh di Pejabat Daerah Besut termasuk mencelup jari telunjuk kiri masing-masing ke dalam dakwat berwarna ungu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam kenyataan yang diedarkan kepada media yang menghadiri simulasi itu berkata dakwat kekal yang digunakan dalam PRK DUN Kuala Besut akan muncul di jari pengundi walaupun dicuci.

"Setelah dicelup, dakwat kekal itu perlu dibiarkan lebih kurang 30 saat untuk kering. SPR mendapati jika dakwat itu dicuci, warnanya akan muncul semula di jari," katanya.



Bagi menjamin dakwat itu kekal di jari, Abdul Aziz berkata pengundi dinasihatkan agar memastikan jari mereka tidak berminyak sebelum dicelup ke dalam dakwat kekal.

Beliau turut menasihati pengundi supaya tidak menggunakan dakwat kekal pada jari untuk menandakan kertas undi kerana pihak SPR telah menyediakan pen di setiap petak undi.

Katanya SPR telah menyediakan tatacara proses pengundian termasuk kaedah mencelup jari ke dalam dakwat dan tatacara itu akan ditampal di semua saluran / tempat pengundi sebagai panduan kepada pengundi.

Abdul Aziz dalam pada itu berkata penggunaan dakwat kekal dalam PRK Kuala Besut bukan sahaja tidak melanggar hukum syarak, malah selamat daripada segi kesihatan.

"SPR telah menerima keputusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan yang menyatakan penggunaan dakwat kekal ini tidak melanggar kehendak hukum syarak.

"SPR juga telah menghantar contoh dakwat kekal kepada Jabatan Kimia Malaysia untuk diuji dari segi aspek kandungan bahan-bahan yang digunakan serta mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas simulasi itu, Abdullah berkata setiap pengundi perlu mencelup sekurang-kurangnya satu ruas jari telunjuk kiri ke dalam botol dakwat kekal.

"Kalau tiada jari telunjuk apa-apa jari pun boleh tapi mesti sebelah kiri...kalau tiada tangan sebelah kiri baru boleh gunakan jari kanan.

"Kalau tiada tangan kita guna prosedur sama seperti PRU (pilihan raya umum) lepas iaitu calit dengan berus di lengan atau bahu," katanya.

Seorang daripada wakil media yang terlibat dalam simulasi itu, Khor Chun Kiat mengakui dakwat itu masih ada di jarinya walaupun dibasuh berulang kali.

Khor, dari akhbar Sin Chew Daily berkata: "Saya basuh kali pertama selepas 20 minit dan kali kedua 10 minit kemudian. Walaupun warna luntur tapi masih ada (warna) dakwat di jari".

Seorang wakil calon PAS iaitu Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad, yang hadir menyaksikan simulasi itu ketika ditemui menyatakan rasa puas hati dengan simulasi tersebut daripada segi teknikal.

"Kita harap masalah yang timbul semasa hari pengundian seperti pada PRU ke-13 lepas seperti dakwat luntur tidak berulang," katanya.

Dakwat kekal akan diguna pada pengundian awal Sabtu ini (20 Julai) dan pengundian biasa pada 24 Julai.

PRK DUN Kuala Besut melibatkan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive