Monday, 22 July 2013

PANASSS !! OSTAJAH ABBY AKUI KAWIN LARI DI SIAM ??



PELAKON Abby Abadi yang juga digelar Ustazah Jadian oleh sesetengah pihak, mengakui bernikah di Selatan Thailand dengan jejaka pilihannya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar.
“Ya, saya bernikah di Thailand. Tidak ada masalah pun dalam undang-undang Islam bernikah di negara jiran, tetapi saya mempermudahkan yang payah.

“Benda itu (bernikah di luar) tak jadi masalah pun, Allah SWT kita perlu dahuluka, jadi saya dah lepas dengan Allah, maksudnya kita dah bernikah itu yang terbaik, yang penting saya dapat elak dosa,” katanya memetik laporan Harian Metro, hari ini.

Abby, 36, dan jejaka kelahiran Kelantan berusia 24 tahun itu dilaporkan bernikah sehari sebelum Ramadan iaitu pada 9 Julai lalu.
Perkenalan singkat mereka yang bertemu di pasar raya akhirnya berjaya menyatukan dua hati ini dan kini Farhan dikatakan menjadi pekerja di butik Abby yang terletak di Taman Melawati.
Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada 31 Ogos di Kuala Lumpur dan di Tumpat, Kelantan pada 6 September depan.
Apa-apa pun tahniah diucapkan buat Abby dan Farhan, semoga masjid yang dibina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Myneswhub

2 comments:

Anti PR said...

Tahniahlah uctajah. Lepas ni boleh beri ceramah pasang bodyguard. Mesti mcm harimau ganas.

Cencaluk said...

Tahniah....

Tapi apa yang nak aku tegur adalah jangan le nak menayang laki hang tu bukan hang sorang ada laki.

Ni belum sebulan kahwin dah macam-macam gambar dan bermacam posing maut inikah contoh seorang muslimah macam tak pernh jumpa jantan mengeletis semacam.

Kak abby oiiiii...... kalau ya pun ghairah jangan le melampaui batas ni kan bulan puasa takkan peluk seakan ddpan public.... macm ni ke ustajah PAS.

Nak termuntah aku tengokkan aku dah 15 tahun pu tak mengeletis macam ni kalau ya pun dalam bilik le punya cerita bukan tayang kat public....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive