Thursday 25 July 2013

RAFIZI PONDAN BACUL !! BERANI GUNA IMUNITI DALAM DEWAN RAKYAT SAHAJA !!




Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, sekiranya Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli anak jantan maka dia harus mengulangi dakwaan yang dilemparkan kepada beliau serta timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengenai hubungan rapat dengan pembekal dakwat kekal di luar Dewan Rakyat.

Dakwaan luar Parlimen oleh Rafizi sebelum ini kata beliau tidak menyebut namanya atau jawatan sebaliknya secara umum merujuk kepada kepimpinan SPR semata-mata.

Ia berbeza ketika Rafizi membangkitkan isu berkenaan di Dewan Rakyat di mana beliau menyebut dengan jelas nama Abdul Aziz dan Wan Ahmad.

Dakwaan Rafizi di Parlimen tidak boleh dibawa ke mahkamah kerana sebagai Ahli Parlimen, beliau memiliki imuniti.



“Adalah menyedihkan nama kami disebut dan kami tidak dapat jawab di dalam Dewan Rakyat.
BACA: Rafizi Didakwa Anjur, Sertai Perhimpunan ‘BLACKOUT 505?

“Rafizi dah sebut di luar Dewan Rakyat tetapi tidak menyebut nama saya dan Wan Ahmad malah jawatan juga tidak disebut tetapi hanya mengatakan kepimpinan SPR. Ini satu perbezaan besar,” katanya pada sidang media di Pusat Penjumlahan Undi Di Dewan Majlis Daerah Besut di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata, tuduhan dilemparkan Rafizi itu adalah sangat serius kerana melibatkan imej, reputasi SPR serta keluarga beliau.

Rafizi sebelum ini membangkitkan isu tersebut di dalam Parlimen sebelum mengulangi dakwaan tersebut di lobi Dewan Rakyat setelah diminta untuk berbuat demikian oleh Speaker.
Bagaimanapun nama kedua-dua pemimpin tertinggi SPR itu tidak disebut.

Rafizi mendakwa kontrak membekal dakwat kekal berkenaan diberi kepada seorang ahli perniagaan dari Singapura.

Abdul Aziz dan Wan Ahmad menafikan tuduhan dibuat itu sebelum ini namun masih belum mengambil sebarang tindakan lanjut terhadap Rafizi

Abdul Aziz berkata, beliau amat berharap Rafizi mengulangi dakwaan tersebut dengan menyebut nama serta jawatannya.

“Saya berharap dalam tempoh seminggu mulai hari ini kalau dia (Rafizi) bertanggungjawab dan anak jantan ulang tuduhan itu di luar Dewan dengan menyebut nama kami dan setelah itu nanti kami berdua akan berbincang dengan peguam kami untuk ambil tindakan selanjutnya,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive