Thursday 25 July 2013

TERPANASS !!! ISU KUIN MELETUP LAGI !!




Assalamualaikum
Saudara blogger...Cadangnya saya malas nak menulis isu KUIN terutamanya di bulan puasa ni. Saya tak mahu menulis kerana dalam keadaan marah, apa saja ayat-ayat yang tidak berkenaan timbul dan boleh mengurangkan pahala puasa saya. Tetapi setelah banyak pihak yang menyerang KUIN terutamanya Ustaz Azki, saya terpaksa memberatkan tangan menaip apa yang patut dalam mempertahankan KUIN dan warganya.

Terlalu banyak ayat-ayat yang ditulis dalam blog adalah fitnah semata-mata dan bertujuan untuk menyerang pentadbiran baru Kerajaan Negeri Kedah. Sangkaan saya, semua fitnah ini akan berhenti sejurus selepas bermulanya puasa Ramadhan dan bulan-bulan seterusnya, namun semakin kita menghampiri kemuncak Ramadhan yang mulia, lagi banyak fitnah yang ditaburkan terutamanya kepada Ustaz Azki dan seluruh Gerakan Bersih KUIN. Nampaknya di bulan yang mulia ini tidak memberi apa-apa makna kepada mereka yang suka manabur fitnah kepada KUIN. Puasa hanya membolehkan lapar, dahaga dan dosa sahaja. Saya akan menerangkan satu persatu isu yang telah di fitnahkan kepada KUIN.

1. Isu Kampus Kuala Ketil (KKK)
Umumnya semua mengetahui bahawa kampus ini merupakan projek Kerajaan Negeri PR Kedah terdahulu pimpinan Ustaz Azizan Abdul Razak. Projek yang menelan belanja hampir RM330 juta pada awalnya merangkumi prasarana asrama dan masjid. Namun apabila siap, kedua-dua kemudahan ini tidak ada. Tak mengapa, mungkin kos bahan binaan yang tinggi menyebabkan ada perkara yang perlu di ubah di saat-saat akhir. Tetapi isunya sekarang selepas siapnya pembinaan kampus ini (kononnya siap), bermulalah episod demi episod yang menyesakkan warga KUIN.



Walaupun kedua-dua kemudahan ini belum siap, perpindahan secara tergesa-gesa ke KKK sebelum pilihanraya seolah-olah ada unsur politik di sini. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya masalah penempatan asrama kepada para pelajar KUIN dan pentadbiran terpaksa mencari kemudahan asrama yang lain. Tidakkah ini menyusahkan para pelajar, pihak pentadbiran dan ibubapa. Sepatutnya, Kerajaan Negeri terdahulu menangguhkan perpindahan pelajar ke KKK sehingga kampus ini benar-benar siap.

Mengapa ada pihak yang sanggup mempergunakan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda YDA dalam merasmikan sebuah kampus yang belum siap sepenuhnya? Ini secara tidak langsung telah mencemar nama baik Baginda yang sangat kita sayangi dan sanjungi. Ampun Tuanku.

Selain dari itu, dalam pembinaan KKK ini, kerajaan negeri terdahulu telah berhutang bank. Anggaran kos yang diperlukan untuk membayar hutang tersebut adalah sebanyak RM48 juta setahun selama 15 tahun. Ini belum termasuk belanja mengurus sebanyak RM20 setahun dan penyelenggaraan kampus sebanyak hampir RM4 juta setahun (api, air, potong rumput, syiling jatuh ka, aircond tersumbat ka,upah jaga kolam ayaq dan sebagainya).

Jika dijumlahkan kesemuanya hampir RM72 juta dalam setahun dan dijumlahkan selama 15 tahun??? Hampir satu billion diperlukan!!! Tidakkah ini akan membebankan kerajaan negeri sedia ada. Berapa banyak rakyat yang boleh dibantu dengan jumlah yang sebesar ini? Percayalah sekiranya semua pelajar KUIN di Mergong berpindah ke KKK, yuran pelajar pasti akan dinaikkan sebanyak 300% kerana untuk membiayai sebuah kampus yang besar ini, jumlah dana yang sangat banyak diperlukan.

Sememangnya KUIN memerlukan sebuah kampus yang selesa tetapi belum masanya ianya memiliki kampus sebesar ini. Para pelajar yang tidak berpuas hati dengan tidakkan kerajaan baru ini akan meninggalkan KUIN setelah tamat pengajian nanti. Tetapi bagaimana pula para pelajar baru selepas ini? Sudah tentulah mereka akan terbeban dengan hutang pelajaran yang berlipat kali ganda. Fikirlah dulu sebelum membuat tindakan kerana bukan sahaja anda yang rugi, malah adik-adik anda yang bakal mendaftarkan diri ke KUIN juga akan rasa bahangnya.

Jangan terlalu emosi ketika membicarakan isu KKK ini sehinggakan mengabaikan pelajaran anda. Kampus Mergong pun kita tidak mampu berdikari, bagaimana pula untuk mengurus sebuah kampus besar seperti di KKK. Tindakan kerajaan negeri pada hari ini sangatlah tepat demi untuk mengurangkan kos operasi KUIN.

2. Pemecatan Dato’ Latifah sebagai Pendaftar KUIN
Zulya dalam blognya baru-baru ini mempertikaikan pemecatan Dato’ Hajah Latifah Hassan secara serta merta dan dianggap zalim. Tetapi persoalannya, mengapa pada ketika En. Najib (Pendaftar sebelum ini) ditamatkan perkhidmatan ketika Jamil berkuasa, Zulya tidak mengulas isu ini dan menyatakan kerajaan terdahulu bertindak zalim kepada kakitangan KUIN.

Mengapa pada hari ini berkokok seolah-olah ayam jantan kehilangan ayam betina dengan menyatakan kerajaan sedia ada zalim dan menyingkirkan mana-mana individu yang mereka anggap tidak sehaluan dalam pentadbiran? Yang peliknya, En. Najib pada ketika itu berumur 58 tahun manakala Dato’ Hajah Latifah berumur dalam lingkungan 60-an.

Mengapa En. Najib diberhentikan dengan alasan sudah mencapai tahap umur pencen. Bagaimana pula dengan umur Dato’ Hajah Latifah??? Pelik bukan?? Tambahan pula En . Najib telah berkhidmat di KUIN melebihi 15 tahun dan mengetahui isu KUIN dari segenap sudut. Manakala Dato’ Hajah Latifah masih terkial-kial dalam memberi setiap respon berkenaan isu KUIN. Adilkah kenyataan yang dibuat oleh Zulya kepada kerajaan negeri hari ini yang dianggap zalim? Alangkah indahnya Zulya ketika menjadi Ketua Penerangan suatu ketika dulu mengulas isu KUIN ini dengan jelas dan terang tanpa ada apa-apa agenda.

3. Gaji Insaniah Holding Sdn. Bhd. (IHSB)
Terdapat banyak pihak menyatakan kerajaan negeri pada hari ini tidak membayar gaji pekerja IHSB. Persoalan diatas, atas dasar apakah gaji mereka ini perlu dibayar oleh kerajaan yang sedia ada. Sebelum berhujah berkenaan isu ini, IHSB perlulah membentangkan penyata kewangan mereka selama 4 tahun beroperasi. Apa yang telah dibuat? Setakat mana kejayaan yang telah mereka capai. Berapakah keuntungan dan kerugian yang telah dicatatkan? Tunjukkan dahulu siapa ahli lembaga pengarah IHSB.

Selepas semua ini selesai, barulah boleh menyatakan bahawa KUIN tidak membayar gaji anda. Ini kerana gaji yang dibayar kepada IHSB adalah wang rakyat yang perlu dijaga dengan telus dan tulus. Tahukah pembaca sekalian, seramai 26 orang pekerja bawahan IHSB telah diserap masuk ke KUIN dengan gred jawatan N1/R1 dan sebagainya.

Tahukah anda bahawa seluruh kakitangan Kulliyyah Hospitaliti dan Perkhidmatan Halal termasuk dapur, kuali, senduk, tong gas, tong sampah yang dahulunya di bawah IHSB diserap ke KUIN? Tahukah anda seramai 10 orang pensyarah Kulliyyah Multimedia diserap masuk ke KUIN dengan melalui proses temuduga yang betul dan telus tanpa menggunakan kroni ? Mengapa tidak didedahkan semua ini? Adakah kerajaan hari ini bertindak zalim??? Jangan salahkan kerajaan yang ada hari ini, tetapi salahkan kerajaan yang meluluskan penubuhan IHSB tanpa perancangan yang betul dan rapi. Ini bukan soal balas dendam politik seperti diwar-warkan banyak pihak.

4. Status Badan Berkanun KUIN
Bekas Exco Kerajaan Negeri Dato' Ir. Phahrolrazi Zawawi baru-baru ini dalam laporan akhbar Sinar Harian menyifatkan langkah KUIN menjadi badan berkanun sebagai mundur ke belakang dan boleh menjejaskan perkembangan universiti berkenaan. Beliau turut menjelaskan bahawa ”taraf KUIN yang berstatus syarikat milik kerajaan berpotensi untuk dinaik taraf kepada status korporat, bukannya kembali bernaung di bawah kerajaan negeri.

Apabila sesebuah institusi menjadi badan berkanun, ianya tertakluk pada peraturan kerajaan termasuk wujudkan jawatan, pengambilan pensyarah dan kakitangan. Perkembangan KUIN akan terbatas dan sebarang keputusan terhad kerana perlu dirujuk kepada lembaga pengarah dan kerajaan negeri. Selain itu ia akan terikat dengan apa saja prosedur dan birokrasi kerajaan negeri.” Ya benar pendapat beliau itu. Tetapi beliau kena ingat, tanpa tertakluk kepada peraturan kerajaanlah, KUIN semasa pemerintahan kerajaan terdahulu haru biru, kucar kacir dan tunggang langgang.

Pengambilan kroni yang berleluasa, pemberian gaji sehingga RM35 ribu sebulan tanpa prosedur yang betul, penambahan kursus yang tiada langsung pelajar dan sebagainya. Keadaan ini berlaku kerana keputusan yang dibuat tidak mengikut peraturan kerajaan negeri sehinggakan KUIN menjadi nyawa-nyawa ikan. Sekiranya menjadi syarikat korporat, sudah tentulah yuran boleh dinaikkan. Bagaimana pula dengan pelajar nanti yang terpaksa menanggung jumlah yuran yang begitu tinggi. Tidakkah status badan berkanun ini akan menyebabkan kakitangan KUIN terbela pada masa hadapan? Fikirlah sebelum membuat kenyataan seolah-oleh KUIN hebat pada zaman pemerintahan anda.

5. Pengambilan pelajar bulan Julai 2013 sebanyak 500 ++
Adilkah kerajaan negeri yang baru memegang tampuk pemerintahan selama 2 bulan dipersalahkan kerana kemasukan pelajar yang merosot? Trend penurunan jumlah pelajar ke KUIN telah berlaku sebelum ini lagi. Cuba lihat contoh yang diberikan oleh blog merah (Julai intake 2010 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri 1900,Julai intake 2011 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri 1600, Julai intake 2012 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri 900, Julai Intake 2013-Bilangan pelajar yang mendaftar diri 500 ).

Tidak adil rasanya menyalahkan kerajaan yang ada pada hari ini. Berikan masa kepada PRO baru iaitu Ustaz Azki kerana pada zaman beliau menjadi PRO (sebelum 2009), KUIN terpaksa menolak permohonan pelajar kerana terlalu ramai ingin ke Universiti ini. Saya tidak mahu menyebut nama PRO sebelum ini yang gagal dalam mempromosikan KUIN ke luar. Biarlah pentadbiran baru merencanakan promosi yang akan dibuat.

6. Penutupan Kulliyyah di KUIN
Untuk pengetahuan pembaca, ini merupakan satu pembohongan yang ketara. Fitnah yang tidak akan dimaafkan oleh seluruh warga KUIN. Sesiapa yang menabur fitnah ini, pasti akan mencari seluruh warga KUIN di Padang Masyhar nanti.

Takutlah anda semua kepada Allah dengan perkara ini. Sebenar-benarnya sehingga kini, tidak berlaku langsung penutupan Kulliyyah seperti yang difitnahkan sebelum ini. Yang ada hanyalah penggabungan Kulliyyah di bawah satu bumbung. Diantara kulliyyah yang digabungkan menjadi satu ialah Kulliyyah KTSM, Kejuruteraan dan Multimedia.

Ketiga-tiga kulliyyah ini telah bersatu untuk mengurangkan kos operasi KUIN. Janganlah kita mengurangkan pahala apabila membuat fitnah di bulan yang mulia ini.Adalah diharapkan dengan penjelasan ini akan menjernihkan keadaan KUIN yang tidak putus-putus difitnah. Gerakan Bersih KUIN (GBK) akan terus menegur kepimpinan baru sekiranya berlaku ketidakadilan terhadap warganya. Berilah masa kepada kepimpinan baru dalam merencakan KUIN sebagai sebuah universiti tersohor bukan sahaja di Malaysia tetapi di dunia secara amnya. Seperti kata dari Ustaz Azki, GBK tidak pernah dibubarkan.Sekian, terima kasih.

-Apabila Insan Tulis Menulis-
*Sekiranya keadaan selepas ini tidak berubah, saya akan menulis pula berkenaan KHI dan pekeliling yang tidak digunapakai di dalam KUIN.
-IT-

Sumber AdikWak

2 comments:

Anonymous said...

Jahat Sungguh PAS!!! PAS Laknatullah. Mereka rosak dan rogol KUIN cukup2 lepas tu pusing belakang salahkan BN?

BN yg bina INSANIAH sehingga berkembang jd KUIN, perolehi Akreditasi LAN, dn seterusnya stabil. Bila PAS ambil alih Kedah, kerosakan menjahanamkan KUIN sama seperti menjahanamkan Kedah.

PahrolBAsi tu otaknya fikir politik siang malam.. pikiran org jahat. Kita fikir utk survival pendidikan, bukan fikir ala-blackou 505 yg mahu 'gilabebas'. KUIN pusat pendidikan, perlu ditadbir secara IPTA, bukan secara company mentakedarah duit!

Gila sungguh org2 PAS, mereka jd sewel, mereka xboleh fikir lg mana yg betul mana yg xbetul.

KUIN mesti dipulihkan segera. Hentikan Projek gila Kuala Ketil. Bina kampus di kawasan estet Hindu, tiada perancangan menyeluruh dn terburu2 politik kepartian.. berpindah mcm org senak perut cari jamban


MB Kedah jgn tunduk pd dajjal2 (PAS) ini. Mesti tegas dan teruskan perancangan yg diatur. Kembalikan KUIN ke Alor Setar, jual kampus Kuala Ketil kepada institusi swasta yg mampu sambung projek terbengkalai tu.

Jgn rosakkan pendidikan dgn poltik GILA PAS. PAS Laknatullah ini ibadar dajjal perosak.

Geram aku, depa perintah sampai jaham Kedah, bila org lain perintah depa sebok2.. penyamun PAS!

Anonymous said...

Pelajar2 KUIN mcm biasalah ramai pencacai balaci PAS.. tp masa PAS perintah dulu mereka diam xbrani lawan.. wpun PAS zalim pd mereka.

Skrg mereka pula nk zalim pd krjn dan diri mereka. Kampus Kuala Ketil tu ibarat tong kosong yg dicat dgn warna warni.. cntik la dr jauh.. masuk dlm apa pun tarak.. buat kampus yg jauh dr keperluan, lepas tu tanggung bala hutang yg xmasuk akal.. IPTA awam lain pn nk bina kampus buat fiskel study, keperluan2.. bkn main hantam mcm ni.

Kampus Mergong sudah mencukupi buat masa ini dan kaedah terbaik ialah ROAD MAP KUIN dirancang dulu, krn di Alor Setar KUIn sudah ada 3 kampus.. Mergong-Kg Baru-Jln Sultanah.. kenapa nk bazirkan prasarana yg masih baru ini?

Lantaklah budak2 BLACKOUT tu nk bising.. jgn ikut budak2 mentah ni, belajar pn xtera mana, main politik je kuat.

Teruskan usaha pemulihan KUIN Insya Allah moga diberkati Allah.. MB kedah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive