Friday 26 July 2013

BANGGANG !!! GURU BESAR SERI PRISTANA SEPATUTNYA DIBERI PENGHARGAAN BUKAN DIREHATKAN !!! @PKamalanathan



Cukup mengecewakan bila Guru Besar yang berkorban demi kebaikkan anak muridnya diarah berehat oleh Jabatan Pelajaran hanya kerana makan dibilik persalinan..

Kenapa guru berkenaan diambil tindakkan sedemikian ? Sedangkan TIMBALAN MENTERI sendiri dalam kenyataannya semalam berkata tiada masalah yang timbul.Ianya akibat salah faham dan tanggapan serong dari pihak tak bertanggungjawab..

Keputusan untuk mengunakan bilik persalinan ini sebagai kantin semetara dibuat setelah dibincangkan dalam mesyuarat PIBG dan digunakan dari bulan Mac lepas termasuk pelajar beragama Islam.. Jadi tak timbul soal penindasan terhadap pelajar bukan Islam seperti yang diakui oleh Timbalan Menteri..


Tindakkan Jabatan Pelajaran merehatkan Guru Besar berkenaan satu penghinaan kepada beliau, sedangkan Timbalan Menteri sendiri mengakui tiada masalah yang timbul dalam isu berkenaan..

Pihak Jabatan Pelajaran sepatutnya berterima kasih kepada Guru Besar berkenaan kerana bertindak adil dan menyelamatkan Jabatan Pelajaran dari dimalukan oleh ibu bapa disebabkan gagal menyediakan kantin yang cukup besar untuk menampung pelajar yang ramai..

Kepada YB P Kamalanathan, anda perlu menarik semula arahan rehat yang dikenakan kepada Guru Besar berkenaan serta merta..

Baca Guru Besar buat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh

KUALA LUMPUR : Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Saujana Utama, Sungai Buloh, hari ini, membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh berikutan isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di sekolah itu untuk pelajar bukan Islam, dua hari lalu.

Mohd Nasir Mohd Noor, 57, berkata laporan polis itu dibuat bagi melindungi dirinya yang menerima ugutan bunuh dan cacian daripada beberapa pihak termasuk melalui akaun Facebooknya.

"Dua hari lepas, setelah gambar itu tersebar, saya menerima panggilan talefon kira-kira 10 pagi dari seorang lelaki yang mendakwa dia dari Badan Bukan Kerajaan (NGO).

"Selain memaki hamun saya dan menghamburkan kata-kata kesat, dia juga mengeluarkan perkataan 'If I meet you, i will kill you' (Jika saya jumpa awak, saya akan bunuh awak)," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu dengan ditemani enam anggota Badan Kebajikan Guru sekolah itu di pondok Polis Saujana Utama dekat sini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang Ramadan ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan yang mengadakan lawatan ke sekolah itu semalam berkata isu lokasi kantin sementara yang didakwa kurang sesuai di sekolah itu, tiada kena mengena dengan isu agama dan bangsa.

Mengulas isu itu, Mohd Nasir berkata beliau kesal dengan usaha yang mahu menjatuhkan nama baiknya dan sekolah itu, yang baru dibuka tiga tahun lepas itu.

"Sebelum ini, memang tidak ada aduan daripada ibu bapa mengenai isu bilik persalinan ini kerana mereka faham masalah kantin di sekolah ini yang dalam proses ubah suai bagi menampung kira-kira 600 pelajar sedangkan sekolah ini mempunyai 1,300 pelajar," katanya.

Ekoran isu itu, beliau kini bercuti selepas diarahkan berehat untuk sementara waktu bagi meredakan keadaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang mengesahkan menerima laporan daripada Mohd Nasir berhubung tohmahan terhadap dirinya berhubung isu itu.

Di PETALING JAYA, Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata polis akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dalam menyelesaikan isu itu.

Beliau berkata walaupun isu itu bukan di bawah bidang kuasa polis, namun ia sedia membantu dalam menyelesaikannya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan surat penghargaan kepada 54 anggota dan pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang atas kejayaan menyelesaikan beberapa kes jenayah di sekitar negeri itu.

Pada majlis sama, Thaiveegan mengagihkan sebanyak 268 sarung siku kepada anggota polis yang bertugas di bahagian Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi mengelakkan kecederaan ketika bertugas. - BERNAMA

5 comments:

Anonymous said...

Saya ingin bersangka baik kepada Jabatan Pendidikan yang memberi cuti rehat kepada Guru Besar tersebut.
Guru besar ini mungkin tertekan dengan peristiwa ini. Cuti rehat yang diberikan boleh memberi ruang kepadanya untuk menengkan fikiran.
Cuma mesti cuti bergaji ya! Orang ramai pula jangan menganggap tindakan ini sebagai hukuman!

Anonymous said...

GB harus diberitahu tujuan cuti diberikan..tanpa alasan dia akan lg tertekan kerana anggap ia hukuman tanpa bicara...utk GB pihak UMNO harus sediakan bantuan guaman utk saman yang memfitnah dia supaya jadi pengajaran...jgn brrtindak lempar batu sembunyi tangan

Anonymous said...

Suara dri PIBG mana?pengerusi bila nak bukak mulut.masa keputusan dibuat..ramai..bila masalah dtg...x kan hm jer yg kena..

Anonymous said...

Sistem kehidupan di Malaysia dah jadi tonggang terbalik disebabkan oleh keling tongkang yang berkasta rendah tapi dilayan macam berkasta tinggi..... Diberi pulak jawatan tinggi. Yang melayu berpangkat tinggi penakut.... Menyorok dibalik tempayan, bila kaum sejenis dihentam....

banggoi petai said...

padan muka pengundi hulu selangor !!!!! pilih lg thambiiichiiikkk poorahhh jd YB. ... lg bodoooo TPM yg tak sedaq tujuan PM letak timbalan menteri yg dungu untuk jatuhkan reputasi TPM d kalangan warga KPM. ... org takkan kata salah PM tapi salah TPM sebab tak dapat control timbalan. ... padan muka malikul sembabbbbb

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive