Sunday 23 December 2012

PUSAT HIBURAN DI SHAH ALAM BUATKAN KHALID SAMAD GELABAH BEWAK !!





Masih teringat lagi kata kata si Khalid Samad dalam twitter baru baru ni menafikan bahawa terdapat sebuah kelab malam dah beroperasi di dalam Parlimen Shah Alam..

Macam macam si Khalid Samad SPIN kononnya fitnah Umno, lepas tu kaitkan pula lesen tu dengan Umno.. Sedangkan pusat hiburan tu memang tiada lesen..Kes macam ni selalunya kena refer dengan Ronnie Liu sebab dia yang pakar dalam hal Rumah urut dan pusat hiburan..






Tiba tiba hari ni, dah pusing pulak suruh MBSA tutup premis kelab malam yang beroperasi tanpa lesen tu sebab takut karier politiknya di Shah Alam jatuh merudum..

Untuk pengetahuan YB Khalid, dulu masa PRU isu isu macam ni lah Pas kutip buat modal untuk kempen..Macam macam Pas fitnah Umno..Tapi sekarang bila dah kena kat batang hidung sendiri tahu pulak kata isu ni isu politik..

Dulu masa berkempen berdegar degar kata nak tutup kilang arak sebelah federal hiway tu..Tapi sampai sekarang masih sergam terpacak malah diberikan kelulusan untuk meluaskan perniagaan..


Khalid Samad mengesa supaya Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) perlu bertindak menutup terus sebuah kelab malam yang beroperasi tanpa lesen hiburan dari pihak berkuasa tempatan..

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam itu, tindakan MBSA yang hanya menyaman kelab terbabit kerana didakwa beroperasi menjual minuman keras dan menyediakan hiburan kepada pengunjungnya menggunakan lesen kafeteria dari MBSA, "mempunyai implikasi politik dan bukan sekadar persoalan undang-undang.

"MBSA sepatutnya menghentikan operasi mereka serta-merta tetapi MBSA tidak berbuat demikian kerana takut ada komplikasi undang-undang.

"Saya lihat isu ini dijadikan isu politik. Saya minta MBSA memahami isu ini bukan sekadar persoalan undang-undang dan ada implikasi politik," katanya.

Katanya, sebuah media yang disifatkannya pro-Umno memuatkan berita pembukaan kelab itu pada 12 Disember lalu dan cuba memberi gambaran ia dibenarkan oleh kerajaan negeri.

"Inilah cara dia hendak kempen. Di Kelantan hendak ditunjukkan PAS terlalu keras (laksana undang-undang), dan di Selangor pula hendak ditunjukkan PAS ini terlalu fleksibel," katanya dalam satu sidang akhbar semalam

1 comment:

Anonymous said...

kenapa tak tanya kat exco ronnie liu, sahabat karib sehidup semati hang tu... kesian betui aku tengok pemimpin pas kat selangor ni... dah le jadi pencacai dap ngan pkr, semua polisi parti dia kena sabotaj ngan dap dan pkr pun diaorang tak sedar... gajah berak depan mata dia pun, dia tak nampak cam ne tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive