Sunday, 23 December 2012

GEMPARR !! SAUDARA KEMBAR BERKAHWIN DENGAN PEMBUNUH KEMBAR SENDIRI




Argentina – Betapa luluhnya hati seorang ibu apabila anak perempuannya sanggup mengahwini pembunuh saudara kembarnya sendiri, atas nama cinta.

Ibu tersebut, Marcelina tidak dapat menerima kenyataan berkenaan dan menyifatkan anaknya, Edith Casas, 22 sebagai mengkhianati saudara kembar sendiri, Johana.

Marcelina juga bimbang anaknya itu akan berdepan dengan tekanan dan dalam masa sama, dia khuatir lelaki itu akan turut membunuh Edith.

Edith, dijadual mengahwini lelaki tersebut, Victor Cingolani pada satu majlis yang akan diadakan di kediaman wanita itu.



Victor kini menjalani hukuman penjara selama 13 tahun selepas didapati bersalah membunuh iaitu Johana, yang juga seorang model, dua tahun lalu.

Memandangkan Victor masih di penjara, maka dia akan diiringi polis ke majis perkahwinan kontroversial berkenaan.

Perkahwinan itu akan dihadiri hanya dua rakan Edith yang akan bertindak sebagai saksi.

Johana mati ditembak, beberapa hari sebelum menyambut ulang tahun ke-20 di bandar Pico Truncado, iaitu kira-kira 1,200 batu dari Buenos Aires.

Susulan itu, Victor telah disabitkan dengan kesalahan membunuh Johana, pada bulan Jun lalu.

Dalam pada itu, Edith menafikan lelaki itu sebagai seorang yang ganas.

“Saya bukannya gila dan saya juga tidak berasa ragu-ragu dengan apa yang saya lakukan ini. Kami mencintai satu sama lain,’’ kata Edith.

Sementara itu, seorang lagi lelaki, Marcos Diaz, yang juga teman lelaki Johana, merupakan tertuduh kedua dalam kes bunuh itu, akan dibicarakan tahun depan.

Ketika kejadian, Diaz sedang berparti dengan Johana, beberapa jam sebelum kematiannya.

SUMBER

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive