Thursday, 27 December 2012

TUDIAA !! ULAR TEDUNG DISANGKA HARUAN




“Ingatkan ikan haruan, rupa-rupanya ular tedung.”

Itulah pengalaman ngeri seorang wanita yang nyaris dipatuk reptilia berbisa itu sewaktu berada di dalam rumahnya di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Perpat yang ditenggelami air berikutan kejadian fenomena air pasang, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, Maznah Awang, 47, sedang sibuk mengemas barang untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Banjir Balai Lintang Kampung Perpat sebelum dikejutkan dengan kehadiran ular berkenaan.

Maznah berkata, pada mulanya dia menyangka rumahnya dimasuki ikan haruan berwarna hitam yang dibawa arus banjir, namun telahannya jauh meleset.

“Belum sempat memegangnya dengan tangan, tiba-tiba saya terkejut apabila melihat seekor ular tedung sudah mengembangkan kepalanya ke arah saya,” katanya.




Panik dengan keadaan itu, Maznah berkata, dia cuba menjauhkan diri dan memanggil seorang anak lelakinya yang sedang nyenyak tidur di dalam sebuah bilik.

“Kehadiran reptilia itu sungguh menakutkan. Jantung saya gemuruh dan perasaan cemas mula menyelubungi diri setelah melihat haiwan itu. Apatah lagi dalam keadaan rumah kami dimasuki air,” katanya.

Bagaimanapun, Maznah berkata, ular itu tidak dapat ditangkap dan dipercayai kemungkinan ular itu dihanyutkan arus banjir ke bahagian belakang rumahnya.

“Kami tidak sempat menangkap ular itu kerana sebaik saja anak saya terjaga daripada tidur, reptilia itu tidak lagi kelihatan. Sebaliknya, kami pula bergegas bersiap untuk berpindah ke pusat pemindahan banjir,” katanya..sinar

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive