Monday, 24 December 2012

SPRM TAPIS CALON !! MUSTAFA ALI BUKTIKAN CALON PAS TERLIBAT RASUAH ??




Ketika cadangan oleh SPRM supaya bakal bakal calon yang akan bertanding PRU ke 13 ini diutarakan, ramai pihak menyambut baik cadangan ini terutama parti UMNO/BN yang sering kali ditomah oleh pembangkang terlibat dengan masalah rasuah..

Bagi menambahkan keyakinan rakyat terhadap parti, Umno sangat komited dengan pekara ini..Ramai pemimpin Umno di Negeri sudah bersedia menyerahkan senarai nama nama calon kepada SPRM untuk membuat tapisan.

Dap juga setuju dalam hal ini dan tidak mempunyai halangan untuk menyerahkan senarai nama seperti apa yang dikatakan oleh setiausaha publisiti mereka.

Tetapi bila sampai giliran dari Pas, lain pulak bunyinya..Mustafa Ali dilihat seolah olah begitu takut hendak menyerahkan senarai nama bakal calon kepada SPRM kononnya mereka ada mekanisma tersendiri untuk memastikan bahawa calon mereka bebas rasuah..




Sebelum tu MTK nak tanya, apa mekanisma yang Pas akan buat untuk tapis calon sama ada calon itu bersih atau tidak ? adakah mekanisma yang pas buat itu diiktiraf? kalau diiktiraf, siapa yang mengiktiraf ? Adakah skuad amal  Mustafa maksudkan ? Ada intergriti kah mekanisma Pas ? Berapa banyak kes rasuah dalam parti Pas dah diselesaikan ?

PKR pula masih berdolak dalih dengan kewibawaan SPRM, kononnya kes jerung belum selesai, yang selesai hanya kes bilis.. Sebelum ini banyak kes kes jerung berjumlah berbilion ringgit dapat diselesaikan oleh SPRM..Anda nilailah sendiri, dulu bila kes Khir Toyo didapati bersalah, maka dipujanya SPRM kerana jalankan siasatan dengan baik telus dan berintergriti..Tapi bila soal nak tapis calon masing masing berdolak dalih..

Kalau berani sangat kata calon Pas dan PKR bebas rasuah, kenapa perlu takut nak hantar senarai calon kepada SPRM..?? Bagi MTK mudah saja, kalau rasa tak pasti buat kedua duanya sekali..satu melalui mekanisma yang Mustafa Ali maksudkan satu lagi hantar ke SPRM..Boleh buat perbandingan sama ada ada calon itu bersih atau tidak..

Itu baru dinamakan adil..Jangan hanya pandai memandang rendah kepada pihak lain sedangkan parti sendiri belum tentu dapat laksanakan atau tidak..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive