Wednesday, 26 December 2012

GEMPAR !! RAKYAT IJOK DAH MENYAMPAH DENGAN SIKAP KHALID !!



IJOK: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa tidak berminat untuk menyelesaikan isu pengagihan tanah lot penduduk Kampung Sri Aman, Ladang Coalfields yang dikenalpasti sebagai wujud unsur-unsur penyelewengan.

Berdasarkan surat yang dihantar kepada ADUN Ijok itu bertarikh 2 Mac 2012, wakil penduduk telah mengemukakan bantahan terhadap senarai nama bancian yang keluarkan Pejabat Tanah dan Daerah menyatakan hanya 78 nama penduduk yang sah menetap di kawasan itu.

Walhal pada tahun 2008, Pejabat Tanah dan Daerah telah mengumumkan senarai nama 140 penduduk sebagai sah.

Tambah memusykilkan, selepas senarai nama tersebut disemak, wujudnya nama-nama individu yang bukan penduduk asal di kawasan itu, malah senarai tersebut sering berubah-ubah.

"Bagaimana boleh masuk nama orang luar? Siapa yang beri nama (senarai) kepada pejabat daerah? Ada orang dapat geran sementara, ada yang tidak dapat. Ada yang dapat TOL, yang lama sudah dibatalkan. Tapi Ketua Ranting dapat lesen menduduki sementara," menurut wakil penduduk, A. Peter.



Malah katanya, jawatankuasa yang ditubuhkan kerajaan negeri diketuai oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad turut didakwa bersubahat memberi butiran palsu dengan niat untuk menipu kerajaan negeri Selangor.

"Banci yang terakhir ada orang luar dan saya boleh buktikan. Kalau mana-mana exco atau MB kata tidak betul dan saya tunjuk nama, MB perlu letak jawatan," tambah beliau lagi sambil menunjukkan laporan polis yang telah dibuat pada 13 Oktober lalu.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini pernah menjanjikan geran tanah kepada penduduk di kawasan itu yang rata-ratanya pekerja ladang dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

Namun selepas kalah kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008, tawaran tersebut diteliti semula oleh kerajaan baru.

Lebih memburukkan lagi apabila kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengeluarkan notis mengarahkan supaya penduduk yang telah menetap di kawasan itu sejak 80 tahun lalu untuk berpindah selain menampung kos pembinaan sendiri.

Menurut seorang lagi wakil penduduk, Sarawanan Kuppusamy, Khalid pada tahun 2008 pernah menjanjikan untuk memberi hak tanah tersebut kepada penduduk-penduduk di situ, namun kini beliau seolah-olah berubah nada.

"Tapi sekarang masalahnya kerajaan negeri minta kita pindah ke tempat lain. Jadi kami terpaksa tanggung kos besar untuk bina rumah baru. Tambah lagi kerajaan negeri minta kami tanggung kos infrastruktur.

"Paling kurang kalau mahu bina rumah kita perlu RM100,000. Penduduk sini tidak mampu lebih-lebih lagi ramai dikalangan warga emas dan tiada pendapatan tetap. Jadi bagaimana kita mahu buat rumah baru.

Sehubungan dengan itu wakil-wakil penduduk meminta Khalid supaya segera campur tangan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

ANTARAPOS

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive