Monday 24 December 2012

HOT !! MASALAH AIR DI KEDAH TAK PERNAH SELESAI #TUKARKEDAH


Baru baru ni aku keluarkan satu kisah bagaimana sebuah keluarga 3 beranak hadapi kesusahan untuk membayar tunggakan bil air hampir mencecah RM 1 ribu akibat kenaikkan 100 peratus tarif caj air..
(klik sini)

Kali ni pulak aku dapat tau kuaters kakitangan KUIN pulak kena potong bekalan air akibat pengurusan KUIN tidak membayar tunggakan kepada SADA hampir RM 100 ribu..

Okay, kat sini 2 situasi berbeza, 1 keluarga susah tanggung derita akibat kenaikkan tarif caj air yang tinggi, 2 kakitangan KUIN jadi mangsa pengurusan yang tak bayar bil..

Dari apa yang aku perhatikan dalam hal ini, kerajaan Pas Kedah masih gagal untuk menguruskan sebuah kerajaan yang baik..



Zaman kerajaan BN dulu, keperluan asas penduduk jarang menghadapi masalah serius begini..Bil air sentiasa dalam keadaan berpatutan sahaja..Walaupun ada sedikit masalah tekanan air, namun ianya tidak menjejaskan keperluan penduduk..

Sada adalah sebuah syarikat penuh milik kerajaan negeri Kedah yang telah dikoperatkan kononnya untuk meningkatkan kualiti air dan menjaga kepentingan rakyat Kedah tapi sebaliknya berlaku apabila kerajaan negeri menaikkan caj tarif air antara 40 peratus hingga 100 peratus ..

Antara aduan aduan sebelum ini yang pernah dibangkitkan adalah

1. Kenaikan tarif air tersebut paling membebankan rakyat miskin dan pengguna air kecil negeri Kedah. Tarif penggunaan air di bawah lapan meter padu sebulan akan dinaikkan sehingga 100%. Ini disebabkan kadar minima bil air telah dinaikkan dari RM3 kepada RM6.

2. Tarif bagi pengguna air antara 40 hingga 60 meter padu sebulan akan dinaikkan antara 36% hingga 40%.

3. Kesan kenaikan tarif air tersebut secara keseluruhannya adalah sebenarnya antara 25% sehingga 100%. Ia bukannya hanya di lingkungan 27% hingga 44% sahaja seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

4. Kualiti air dan perkhidmatan masih tidak memuaskan walaupun beberapa tahun telah dikoperatkan..

Aku ada terbaca beberapa blog Pas Kedah, mereka tak habis habis menyalahkan CEO SADA iaitu Dato Azmi Din adalah punca segala yang berlaku dalam masalah air di Kedah..Kebencian puak puak Pas yang diupah menjadi beloger Pas terhadap Tok Mie Din tak pernah berakhir..

Tok Mie Din hanyalah pegawai KCS, beliau tidak pernah mencampur adukkan hal politik dengan kerjayanya..Atas sikap profesional itulah beliau sering kali dihentam oleh gerombolan puak regim Pas Kedah  yang tak tahu nak bezakan antara politik dan kerja.

Suka aku ingatkkan sekali lagi bahawa SADA ini adalah syarikat milik penuh kerajaan negeri Kedah yang ditadbir oleh Pas sekarang..Jadi hal kenaikkan tarif air mestilah dibawah mesyuarat kerajaan negeri..

Dalam pembentangan bajet baru baru ini pula, Kerajaan Pas dengan bangganya mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan memperoleh sebanyak RM 20 juta setahun hasil dari penjualan air mentah kepada kerajaan negeri Pulau Pinang..

Namun pekara itu dinafikan oleh kerajaan Pulau Pinang sendiri yang berkeras tidak mahu membayar RM 20 juta itu kepada Pas..Jadi kat sini kita sudah nampak kerajaan Pas Kedah sebenarnya sudah ketandusan idea untuk menjana kewangan..

Hasil balak hutan sudah lama dilesapkan, timbul pula berita penebangan hutan dikawasan tadahan air Tasik Pedu dimana hutan di gondol oleh kerajaan Pas Kedah itu adalah kawasan balak bernilai tinggi..Beribu hektar kawasan hutan digondolkan dengan alasan untuk jadikan kawasan agro pelancongan..

Kalau ikut teori aku buat , kawasan agro yang hendak ditanam dengan pelbagai jenis pokok buah buahan ini memakan masa yang lama sehingga 2-3 tahun untuk kawasan ini kembali menghijau dan pokok buah buahan  ini mengeluarkan hasil..

Jika Pas kalah PRU kali ni, bermakna kawasan kawasan yang telah digondol ini tidak sempat dijalankan projek agro perlancongan..Jadi jutaan balak bernilai tinggi yang ditebang akan hilang begitu saja..Pemimpin Pas sudah kenyang, rakyat masih jugak derita..Akhirnya projek itu terbengkalai macam tu saja..

1 comment:

Anonymous said...

si Luncai terjun dengan labunya.. Biarkan..biarkan...si Luncai terjun dengan labunya...biarkan...biarkann... Moral dari lagu ni ialah jika kita biarkan si LUNCAI terus menerus meneraju Bumi Kedah bertambah buncitlah perutnya.. rakyat Kedah masih tetap menyanyi dalam perahu yg dah bocor...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive