Sunday 7 October 2012

PANASSS !! PAS KEDAH AKAN KALAH JIKA TERIMA MAT SABU !!??




Terus terang MTK cakap, kedatangan Mat Sabu untuk bertanding pada PRU akan datang di Kedah ini telah ditentang hebat oleh ahli ahli  Pas..Hal ini diakui sendiri oleh seorang sahabat didalam Pas yang paling lantang menolak pemimpin Pas memperjuangkan syiah..

Mereka bertanggapan kehadiran Mat Sabu adalah untuk mengembangkan lagi penganut ajaran syiah di Kedah.. Peperangan puak Syiah didalam Pas dan penyokong Pas hampir sampai kemuncaknya..Kehadiran Mat Sabu di Pendang beberapa bulan yang lalu hampir mencetuskan perpecahan dalaman parti Pas..

Memetik dari laporan Malaysiakini,Mesyuarat Jawatankuasa PAS Kawasan Pendang telah memutuskan dan menawarkan Kerusi Parlimen Pendang kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu untuk ditandingi sebagai calon.

Walaubagaimana pun, ia mendapat tentang hebat dan sengit oleh sebahagian Ahli Jawatankuasa melalui satu surat yang diberi kerana mereka tidak mahu Mat Sabu bertanding di Parlimen Pendang. Mereka mahu mengekalkan Dr Hayati Othman bertanding di Parlimen Pendang dan Mohamad Taulan Rasul bertanding di Dun Tokai seperti sekarang untuk pertimbangan Pusat.



Pekara ini cuba disembunyikan oleh beberapa pemimpin Pas yang lain, tetapi atas sebab silap percaturan, Setpol MB mendedahkan pekara ini dalam Blog yang menafikan segala dakwaan sumber dalaman PAS Pendang mengenai insiden mencantas Mat Sabu dari bertanding di parlimen itu. Katanya, PAS di negeri itu tidak punya masalah untuk Mat Sabu bertanding di Kedah.

Namun, dia kemudiannya menyatakan dakwaan dari sumber akar umbi di Pendang itu hanya membuka pekung keaiban PAS, PAS Kedah dan PAS Pendang, serta tidak boleh dibiarkan berlaku di dalam parti tersebut.

Selain itu, Sanusi mengatakan bahawa sumber itu jelas menjejaskan dan mencalar imej Mat Sabu serta intergriti atau ketokohannya sebagai Timbalan Presiden Pas..Antara keratan poster yang di emailkan beberapa bulan yang lalu


Pengikut Pas kawasan pendang tetap menolak jika Mat Sabu dicalonkan di Pendang..Mereka juga tidak suka dengan tindakkan Mat Sabu yang suka mencampuri urusan pentadbiran di Kedah..

komen dari penyokong pas pada 28 julai yang lalu

Mat Sabu mempunyai Teamnya sendiri di Kedah dimana baru baru ini menimbulkan kekecohan dalam perebutan kerusi panas MB..Jika Mat Sabu dicalonkan juga, kemungkinan Pas akan hilang Parlimen Pendang..

Sebenarnya, Mat Sabu pernah meminta kerusi Parlimen Kuala Kedah untuk ditandingi, tapi Azizan yang sememangnya tidak sukakan Mat Sabu telah menolak dengan memberi alasan bahawa parlimen itu adalah milik kuota PKR.

Sebab itu kenyataan Pas kedah terima Mat Sabu ini dibuat oleh orang kanannya di Kedah iaitu Phahrolrazi Zawawi yang memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah.. Kata beliau dengan nada membodek “Jika Mat Sabu bertanding di Kedah, saya yakin beliau boleh menang sebab pengaruh beliau masih kuat di sini, terutama Kuala Kedah. Pas Kedah sedia timbang cadangan itu, namun perlu persetujuan semua pihak,”

Pada bulan Febuari lalu, krisis dalaman Pas Kedah bermula apabila membabitkan dua Exco Kerajaan Negeri, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, iaitu Dr Ismail Salleh dan Phahrolrazi dikaitkan dengan usaha untuk menempatkan Timbalan Presiden itu bertanding di Kedah pada PRU13..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive