Thursday 11 October 2012

BOIKOT AES !! JPJ NAK JADI SALAH SEBUAH AGENSI KERAJAAN PALING BANYAK KELUAR SAMAN ?


Bagi pendapat peribadi MTK bukan sampai masanya lagi Sistem AES digunakan di Malaysia kerana ianya bukan semata mata untuk membendung kemalangan tetapi untuk mengenakan saman kepada pemandu pemandu yang tidak mematuhi kesalahan lalu lintas..

Malang tidak berbau, dimana mana saja kemalangan boleh berlaku.walaupun dihadapan kamera AES sendiri..Faktor jalan raya dan cara pemanduan rakyat Malaysia sendiri sebenarnya banyak mempengaruhi pertambahan indeks kemalangan di Malaysia..

Memetik dari artikel yang ditulis oleh sahabat Double Y sebanyak 2,952 saman berjaya dikeluarkan kamera Automated Enforcement System [AES] dalam masa dua hari pemasangannya.



Menjelang akhir tahun ini pemandu di Malaysia sentiasa diawasi oleh 566 buah kamera AES yang boleh merakam wajah pemandu dan jenis kenderaan. Sebanyak 817 buah AED bakal dipasang di kawasan hitam menjelang tahun hadapan.

Selain diawasi kamera canggih AES ini, pemandu turut diawasi oleh 266 buah kenderaan penguatkuasa yang dilengkapi dengan peralatan elektronik canggih.



Perkara yang wajib kita tahu mengenai kamera AES yang dikeluarkan JPJ seperti berikut :


Perkara yang dinyatakan adalah melalui pemasangan AES, ianya dapat merakam kesalahan dan mengesan beberapa kesalahan pemandu secara serentak. Itu sahaja keistimewaan yang dinyatakan.

Saya mencari-cari bahagian yang menyebut atau memperincikan bahawa melalui pemasangan kamera AES ini kadar kemalangan di Malaysia berjaya dikurangkan sebanyak 20%, 30%, 40% tetapi tiada dinyatakan.

Lalu timbul satu persoalan, apakah dengan pemasangan 817 buah kamera ini, kita benar-benar berjaya mengurangkan kadar kemalangan jalanraya yang meningkat saban tahun? Baca seterusnya

4 comments:

Anonymous said...

Terima Kasih kepada Kerajaan yang memahami kesusahan rakyat.Kalau sebelum nie,kami tak tau nak salurkan kat mana duit BR1M...Sekarang nie,kami tak perlu beratur lagi.AES sedia membantu.

Terima Kasih PM ...Janji Di Tepati

Anonymous said...

Kalau tak mau kena saman.......jangan bawa laju dan langgar lampu merah.........senang saja kan?

575 said...

AES patut di kaji semula. Antaranya dimana logiknya pemasangan yg kawasan tersebut x sesuai memandu dibawah 90km/j.

Selebihnya, jika tujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan, itu adalah kebaikan utk semua.

P/s : Anon 12.28 : Setuju, jika x mau disaman. Jangan berbuat salah. Simple.

FaizalRSD said...

Betul.nampak signboard di kawasan aes,sila patuhi had laju.apa susah.sorok kamera salah,dah diberitahu pun still keras hati jugak.salah siapa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive