Thursday 11 October 2012

BN KEDAH BERI BANTUAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN




SIK - Mangsa kebakaran melibatkan 12 rumah kedai di jalan utama Pekan Jeniang dekat sini malam semalam, menerima bantuan berjumlah RM36,000 daripada Barisan Nasional (BN) negeri hari ini.

Sumbangan itu disampaikan Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang meluangkan masa melawat mereka bersama beberapa pemimpin lain termasuk Penyelaras Parlimen Jerai Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dan Anggota Dewan Undangan Negeri Gurun Dr Leong Yong Kong.

Ahmad Bashah berkata sumbangan awal itu bertujuan membantu meringankan beban kewangan mangsa manakala bantuan-bantuan lain akan disampaikan dari semasa ke semasa.

"BN negeri menyampaikan sumbangan RM3,000 kepada setiap keluarga yang terlibat, termasuk satu lagi keluarga mangsa kebakaran yang berlaku di Kampung Selengkoh, Yan, pada waktu yang hampir sama dengan kejadian yang berlaku di sini.



"Selain itu, BN negeri turut menyumbangkan bantuan RM10,000 ke dalam tabung bantuan mangsa kebakaran yang dikendalikan oleh satu jawatankuasa yang dibentuk oleh parti komponen BN," katanya kepada pemberita.

Katanya fungsi tabung berkenaan ialah untuk mengumpul semua sumbangan yang tidak disalur terus kepada mangsa, sebelum diagih kepada mereka.

"Menerusi tabung ini, berapa banyak jumlah yang dapat dikumpul pun, semua boleh merasa, malah jawatankuasa berkenaan juga akan turut mendapatkan sumbangan daripada individu dan korporat bagi membantu meringankan beban mangsa," katanya

SINAR HARIAN

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive