Thursday 11 October 2012

GEMPAR !! IKAN MATI TERCEKIK ?





Ikan pike seberat 12 paun ini cuba menelan ikan kap besar, tetapi nampaknya tidak begitu berjaya, hingga membuatkan ia mati tercekik sebelum kenyang.Ikan yang panjangnya 3 kaki ini ditemui terapung di atas permukaan perikanan Suffolk dengan ikan kap 3 paun tersumbat dalam tekak selepas mati tercekik ketika cuba menelan mangsanya.

David Walker, yang memiliki Hermitage Fisheries di Clare, berhampiran Sudbury, England, disedarkan selepas ikan itu dikesan di tengah-tengah kolam oleh seorang pemancing biasa.




Encik Walker, seorang petani yang telah menghabiskan selama 15 tahun membina kawasan perikanan itu, berkata beliau terkejut dengan apa yang telah dilihatnya.

Beliau berkata, ikan Pike memang diketahui makan itik dan mungkin ikan sehingga 1 paun, tetapi tidak saiz itu. Mungkin kali ini ikan tersebut sudah menjadi tamak ataupun cuba membuat ujikaji (trial and error) dengan memakan ikan yang lebih besar dari biasa.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive