Tuesday 7 August 2012

TUDIAA !!! KISAH JAGUH BADMINTON NEGARA AKAN DI FILEMKAN OLEH PENGARAH MUDA SYAFIK YUSOF



SHAH ALAM - Syafik Yusof, pengarah termuda negara, melahirkan hasrat untuk menghasilkan filem yang mengisahkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Hasrat ini dilahirkan oleh Syafik kira-kira 1 tengah hari tadi menerusi Twitter.

"Memang pernah terfikir nak buat filem pasal Datuk Lee Chong Wei, tapi cuma idea sahaja, tiada perancangan serius," katanya.

Secara kebetulan Chong Wei yang menang pingat perak, yang kedua, dalam Sukan Olimpik London kelmarin, pulang ke tanah air dan diberi sambutan sebagai wira negara oleh peminat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Sementara itu ketika dihubungi Sinar Harian Online, Syafik, 19 berkata, beliau memang pernah terfikir untuk menghasilkan filem kisah Chong Wei, namun masih belum mempunyai perancangan yang serius.



“Memang benar saya terfikir untuk memberi satu kelainan dalam industri perfileman tahah air kita yang berkisarkan kisah seorang jaguh sukan negara.

“Sekiranya sudah sampai masa untuk saya mengarah filem ini, mungkin saya akan lebih memfokus tentang pengalaman hidup Datuk Lee Chong Wei.

“Gaya penceritaan juga akan berkisarkan cabaran yang ditempuhi oleh beliau bermula dari beliau menceburi sukan badminton semasa kecil sehinggalah beliau menjadi seorang jaguh sukan badminton yang disanjungi oleh orang ramai,” jelas Syafik yang telah menghasilkan filem berjudul SAM, yang akan ditayangkan sempena Aidilfitri bulan ini.

Apabila ditanya tentang perkembangan aktiviti sepangjang Ramadan ini, Syafik yang merupakan anak bongsu pengarah filem terkenal negara Yusof Haslam berkata, berkata, beliau sedang sibuk mengarahkan drama KL Drif yang akan disiarkan di TV1 sebanyak 26 episod selepas raya nanti.

Drama ini turut dibintangi oleh barisan pelakon terkenal seperti Aaron Aziz, Norman Hakim, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah...SINAR


MTK
IDEA YANG MENARIK !! 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive