Thursday 9 August 2012

PANASS !!! JOM TENGOK BETAPA BUSUKNYA SI MAHFUZ NI !!! @mahfuzomar #ubahkedah






Sebenarnya, posting ini, atas permintaan orang Pokok Sena sendiri. Mereka mahu tahu, kemana hilangnya janji si Mahfuz Omar untuk selesaikan masalah tempat pelupusan sampah di Jabi? Keadaan kawasan pelupusan sampah di Jabi tu amat parah sekali, malah sampah yang ditimbun hampir sama dengan bangunan setinggi 3 tingkat!

Baunya pula jangan cakap la. Kalau sekali angin lalu rasanya dekat 2 km boleh bau busuk sampah tu. Aku kesian pada penduduk sekitar tu. Dulu depa ingat bagi undi kat Mahfuz boleh selesai masalah bau sampah ni. Rupanya dah 4 tahun tunggu, masalah sampah bukan selesai, malah makin teruk.

Nak kata dah Mahfuz tak mampu selesaikan, dia ahli parlimen Pokok Sena, nak kata kerajaan negeri parti lain, kerajaan negeri pun cop sama dengan Mahfuz. Kalau dulu dia boleh komplain sampai bawa plastik sampah ke bangunan MBAS. Awat kali ni tak bawa sampah berbakul-bakul ni pi pejabat MBAS sekali lagi?

Mahfuz pernah berjanji akan selesaikan masalah tempat pelupusan sampah. Malah kerajaan negeri pun berjanji kononnya nak cari tempat pelupusan sampah yang baru. Namun 4 tahun sudah berlalu, janji masih lagi tinggal janji.

Mungkin selepas ini pencacai blogger Pas akan jawab, sampah diuruskan oleh 'kerajaan pusat' namun kawasan pelupusan sampah, selenggara dan pengawasan di bawah sapa? Bukan PBT? PBT pulak bawah sapa? Bukan ka Exco? Exco pulak dilantik oleh sapa? Oleh MB kerajaan negeri, kerajaan negeri tu sapa pulak? Bukan kerajaan negeri tu geng bulan purnama ka? Soo.. masa berjanji, bukan main dahsyat.. masa nak tunaikan, sapa sekor tak mengaku, muka pun tak nampak.

Baca selanjutnya kat SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive