Monday, 6 August 2012

PANASS !!! RUMAH RM 1.8 JUTA HADIAH GUAN ENG BUAT RAINBOW ???


Nampaknya skandal Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikaitkan dengan seorang gadis dengan gelaran manja “Rainbow” tidak terhenti begitu saja apabila dikatakan puak-puak PKR negeri itu dikatakan terus “membekalkan bahan” untuk menghentam anak Lim Kit Siang itu.

Terbaru, beberapa keping gambar didedahkan oleh media arus perdana mengenai sebuah rumah mewah yang dianggarkan benilai RM1.5 juta ringgit yang didiami oleh seorang “bekas” kakitangan pejabat Guan Eng.

Faktanya, harga rumah yang berlokasi di Slim Villas, Jalan Chemor, Georgetown itu dijangka berharga RM1.5 juta dan sekiranya penghuninya menyewa rumah tersebut maka dia terpaksa membayar sekurang-kurangnya RM3,500 sebulan.

Persoalannya, “bekas” kakitangan Pejabat Ketua Menteri manakah yang begitu kaya dan mampu membiayai rumah mewah dengan harga semahal itu?

Apatah lagi menurut sumber, H’ng Sau Ping yang juga merupakan bekas ahli PKR, dia mendakwa bahawa penghuni rumah tersebut mempunyai hubungan yang istimewa dengan Guan Eng dan khabarnya isteri Ketua Menteri itu, Betty Chew, tahu mengenai isu penghuni rumah tersebut!


Sekonyong-konyong di bulan Ramadhan ini, saya teringat mengenai gadis yang bernama Ng Phaik Kheng yang sebelum ini dikaitkan mempunyai hubunganyang sangat istimewa dengan suami Betty tersebut.

Kononnya, hubungan terlarang mereka dapat dihidu oleh Betty di Melaka dan membuatkan dirinya meradang serta memberi kata dua kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Dan diceritakan bahawa memandangkan Guan Eng tidak mahu skandalnya itu merebak ke pengetahuan ramai dan dia mahu menutup mulut isterinya, maka Phaik Kheng yang dikenali sebagai “Rainbow” itu terpaksa dinyahkan dari hidupnya.



Mungkin atas dasar “pengorbanan cinta”, Rainbow terpaksa mengalah dan “kecewa menonggeng” sekaligus melepaskan jawatannya yang sebelum ini bertugas di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Berdasarkan cerita tersebut, saya melihat identiti pemilik rumah mewah yang didedahkan oleh bekas ahli PKR itu sangat mirip dengan ciri-ciri yang ada pada Phaik Kheng.

Rainbow merupakan bekas kakitangan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dan dia dikatakan “terpaksa” meletak jawatan tanpa sebarang alasan yang munasabah atau adil untuknya berbuat demikian.

Justeru itu, saya menjangkakan bahawa sudah tentu perletakan jawatan tersebut dibuat menerusi “special deal” yang ditawarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu untuk memastikan “Pelangi”nya itu menutup mulut mengenai skandal mereka.



Persoalannya, apakah penghuni rumah mewah itu adalah Ng Phaik Kheng yang merupakan bekas pegawai di pejabat suami Betty Chew?

Dan satu lagi yang perlu diperjelaskan, apakah rumah mewah berharga RM1.5 juta itu merupakan “bayaran ganti rugi” bagi “special deal” tersebut?

Nampaknya Guan Eng semakin “tersepit di celah kangkang” dua wanita. Mampukah dia tidur malam lagi ketika mana “bau bangkai” yang cuba disembunyikan selama ini semakin kuat baunya untuk dihidu oleh rakyat?

Apatah lagi dikatakan bahawa rahsia yang membabitkan Setiausaha DAP itu dikatakan bersumber dari para pemimpin PKR yang sudah bosan untuk terus berada di bawah telunjuk “khalifah kuffar” di negeri itu?

Berkenaan isu Rainbow dan rumah mewah tersebut, apakah Guan Eng berani untuk mengerah CAT dan SPRM untuk menyiasat skandal yang kini menjadi perbualan dan sindiran sinis rakyat di seluruh Pulau Mutiara itu?

Sekiranya dakwaan ini benar, maka jelaslah bahawa hayat Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sudah begitu hampir ke penghujungnya dan berkemungkinan besar dia akan “karam” bersama CAT yang ditubuhkannya itu…


SUMBER MYKMU

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive