Sunday, 5 August 2012

PANASS !! PELAJAR MESIR MENYESAL DILACURKAN OLEH PAS UNTUK SERTAI DEMO HARAM BERSIH DI MESIR




Gambar yang dipaparkan adalah seorang pelajar perubatan , yang dipengaruhi oleh dakyah PAS, bahawasanya kerajaan BN ini kejam tak berhati perut sehingga dia menyertai demo bersih. Maka pinjamannya pun ditarik balik, elok benarlah diberikan pada pelajar lain yang benar-benar memerlukan.

Pada permulaannya Pas seolah-olah membela nasib pelajar ini dengan melancarkan kutipan derma baginya, agak malang wang yang diterima oleh pelajar ini hanya berjumlah rm50 sahaja..sedangkan kutipan derma yang dilancarkan di mesir dan tanahair menerusi ceramah-ceramah politik Pas...dikatakan mencecah puluhan ribu

Dengan hanya rm 50, pelajar ini tidak mampu untuk menyara hidupnya di Mesir dan membayar yuran pengajiannya yang dianggar berjumlah rm300ribu..

Maka dengan muka tebal dan tak malunya dia terpaksa melakukan apa yang orang PAS fobia ingin lakukan ikutilah cerita selanjutnya kat bawah ni


Kuala Terengganu: “Saya sungguh kesal dan saya tidak akan buat lagi kerja yang sia-sia dan tidak bermanfaat begini.”

Demikian luahan Muhamad Hasyim Che Ngah yang pinjaman pendidikannya ditamatkan Yayasan Terengganu (YT) kerana menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, Mesir, tahun lalu.

Muhamad Hasyim, 21, pelajar tahun tiga jurusan perubatan Universiti Al-Azhar adalah antara sembilan anak Terengganu ditamatkan pinjaman, dan semalam beliau menemui Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bagi merayu agar pinjamannya disambung semula.
“YT meluluskan pinjaman sebanyak RM301,144. Daripada jumlah itu, RM170,000 digunakan untuk yuran pengajian dan sara hidup,” katanya.

Beliau yang datang bersama bapanya, Che Ngah Abdullah, 57, berkata sejak pinjamannya ditamatkan Julai tahun lalu, tidak ada pihak yang membantu untuk meneruskan pengajian.

“Saya merayu agar diberi peluang kedua. Saya berjanji tidak akan melakukan perkara sama pada masa depan dan akan memberi tumpuan kepada pelajaran,” katanya yang pulang bercuti selama dua bulan.

Mengulas perhimpunan itu, Muhamad Hasyim berkata beliau mengetahuinya menerusi rakan dan internet beberapa hari sebelum ia berlangsung, selain diberitahu mengenai pemakaian baju-T berwarna kuning. - BERNAMA

2 comments:

Pedang Sibuti said...

Salam tuan,

Mohon pautkan link kami sibuti-selamanya.blogspot.com. Terima kasih

Anonymous said...

mohon pihak yang bertanggungjawab, pantaulah anak2 kita di IPTA sekerap yang boleh, benar anak2 yang berada di IPTA ini ada saja iblis2 yang datang menghasut mereka untuk membenci kerajaan, anak lelaki saya yang menuntut di IPTA Terengganu hampir2 sudah terhasut maklumlah mereka masih muda, jiwa muda kita faham mereka ini mudah saja terhasut...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive