Friday, 10 August 2012

PANASS !!! KIT SIANG MULA BERPERANG DENGAN KARPAL SINGH ?!!



Saya terbaca mengenai kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang di laman lidah rasmi partinya, Roketkini.com, yang mengutuk Utusan Malaysia yang bertindak menyiarkan berita utama di muka depan akhbarnya bertajuk “Haram Sokong DAP”. Dia salahkan Utusan dan UMNO..?

Bapa Guan Eng itu berhujah bahawa akhbar arus perdana dan ramai pengamal media sosial menyiarkan laporan mengenai isu tersebut sebagai tanda kononnya perbuatan terdesak UMNO untuk membangkitkan kebencian orang Melayu terhadap DAP.

Kemudiaanya, Kit Siang menambah kononnya bahawa laporan itu sebagai “lolongan keterlaluan”, anti-nasional, anti-Malaysia, cuba mengapi-apikan sentimen konflik keagamaan dan menghancurkan harapan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berdasarkan kenyataan Lim Kit Siang itu, saya tertanya-tanya, apakah bapa Guan Eng sudah hilang daya inteleknya sehingga begitu terdesak memberikan hujah yang tidak kukuh, mudah disanggah dan tidak bernas sama sekali.

Pertamanya, Kit Siang berkata bahawa kenyataan “Haram Sokong DAP” itu adalah perbuatan terdesak UMNO untuk menimbulkan kebencian umat Islam terhadap partinya.



Persoalannya, siapa yang sebelum ini menimbulkan isu dan lantang bersuara menolak penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan Hudud di negara ini? Bukankah Pengerusi DAP yang berkata begitu sebagai respon kepada Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Tantawi?

Karpal dan Nasrudinlah puncanya dan mengapa pula dikaitkan pula dengan UMNO? Kit Siang perlu teliti kembali apa yang berlaku di antara “Singh tidak berserban” itu dan “orang muda berserban” tersebut.

UMNO cuba bangkitkan kebencian umat Islam terhadap DAP? Siapa yang bangkitkan kemarahan siapa sebenarnya? Siapa yang menolak penubuhan Negara Islam di tanahair?

Setahu saya, UMNO adalah parti yang bertanggungjawab mengisytiharkan negara ini sebagai “Daulah Islamiyyah”.

Dan siapa pula yang bertanggungjawab menegaskan kepada rakyat bahawa partinya menentang penubuhan dan pengisytiharan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam? Bukankah DAP sendiri yang berbuat demikian?

Jadi, DAP sendirilah yang telah menimbulkan kebencian umat Islam di negara ini pada partinya, bukan UMNO! Apa relevannya Kit Siang menyalahkan UMNO sedangkan kesalahan itu ditimbulkan oleh “Singh” tersebut?

Sepatutnya, Kit Siang perlu marah kepada Karpal kerana Pengerusi DAP itulah yang menimbulkan kemarahan umat Islam memandangkan dialah “Abu Jahal” sebenar yang berkurang ajar dan menolak Islam secara total di negara ini.

Sebagai ahli politik dan seorang Ahli Parlimen yang berpengalaman, Karpal sepatutnya sedar bahawa perlembagaan di negara ini memberikan lebih keistimewaan kepada Islam dan umatnya untuk membincangkan soal agama tersebut secara eksklusif.

Dan dia sebagai seorang “kafir harbi”, apa pula haknya untuk campur tangan tentang soal dasar Islam yang melibatkan kepentingan mengimarahkan agama di negara ini.

Pernahkah di dalam sejarah tertulis mengenai mana-mana individu atau pemimpin Islam mempertikaikan kebebasan amalan agama Karpal dan pegangan mereka di negara ini? Setahu saya, tidak pernah pun golongan bukan Islam dinafikan hak mereka.

Malah, kerajaan sedia ada turut menyokong penubuhan badan-badan NGO seperti Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JPKA) yang ditubuhkan di zaman pentadbiran Najib untuk memastikan keharmonian antara agama terjamin di negara ini.

Dalam masa yang sama, tidak ada mana-mana pihak pun yang berani mempersoalkan keistimewaan Islam di negara ini, kecuali para pemimpin DAP yang sering mencabar perlembagaan dan kedudukan istimewa Islam serta bangsa bumiputera di Malaysia.

Justeru itu, jelaslah bahawa DAP merupakan dalang selama ini yang cuba memecah belahkan rakyat dan merosakkan keharmonian di antara agama di negara ini. Dan tidak lupa juga PAS dan PKR yang memecah-belahkan umat Islam dan Melayu…

Sedar atau tidak, UMNOlah yang selama ini berhempas pulas dan berusaha gigih untuk menyatu-padukan rakyat berbilang bangsa, agama dan kaum di Malaysia. UMNOlah juga yang cuba menyatu-padukan umat Islam di negara ini di bawah satu payung.

Namun memandangkan DAP, PKR dan PAS lebih mementingkan politik berbanding kepentingan menyatu-padukan rakyat dan perpaduan di kalangan umat Islam, mereka dengan mudah memutar belitkan keadaan dan menyalahkan UMNO berhubung kejijikan sikap mereka itu.

Itulah yang membezakan UMNO/BN dengan pihak pembangkang di negara ini. Meskipun ia disedari oleh puak-puak pembangkang itu, namun demi kuasa, mereka “buat-buat” tak nampak sajalah..kan?

SUMBER MYKMU

1 comment:

Anonymous said...

SAHABAT2..MARI TGK VIDEO DI YOUTUBE..... 'NEW ORDER - TANGAN ASING HANCURKAN MALAYSIA'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive